Sunday, 19 July 2020

HIKING ANNAPURNA BASE CAMP - Route ke Annapurna Base Camp

Ini adalah route atau laluan yang aku pilih untuk ke Annapurna Base Camp.
Berapa jam trekking aku dah tak berapa ingat, roughly satu hari kami akan trekking campur rehat lebih kurang 7 jam.


02 March - Naik bus dari Pokhara ke Nayapul, start trekking from Nayapul to Gandruk. Overnight in Gandruk

03 March - Trek Gandruk to Chomrong. Overnight in Chomrong

04 March - Trek Chomrong to Himalaya. Overnight in Himalaya.

05 March - Trek Himalaya - MBC - ABC. Overnight in Annapurna Base Camp.                       Yeay sampai ABC. Happy gile.

06 March - Trek ABC to Bamboo. Overnight in Bamboo.

07 March - Trek Bamboo to Jhinu. Overnight in Jhinu

08 March - Jhinu to Nayapul. Sharing taxi to Pokhara.


Masa aku pergi ni awal March, masa ni akan selalu ada avalanche ataupon salji runtuh. Beberapa minggu sebelum tu, ada group Korean yang terperangkap masa berlaku avalanche. Unfortunately, semua tidak dapat diselamatkan. Disebabkan hal ini, ada beberapa trekkers yang kami jumpa dah pergi half way tapi  tak confident untuk teruskan ke ABC sebab risau dengan avalanche. Derang tak nak ambil risk untuk teruskan trekking. Aku dah risau masa tu, risau takut tak sampai Annapurna Base Camp. Memang setiap orang yang pergi situ berharap untuk complete the trek. Tapi kalau dah ditakdirkan untuk tak sampai takpe boleh cuba lain kali. Aku dan husband decided to continue the trek. Kami akan tengok keadaan macam mana sama ada boleh teruskan trek atau tidak. Mengikut ramalan cuaca akan ada snowfall dalam beberapa hari akan datang. Snowfall bukanlah petanda yang baik sebab ini akan menyukarkan trek. 

"It's OK, we will see and decide what to do" 

Dalam perjalanan kami banyak tanya orang local dan local guide sama ada OK atau tidak untuk teruskan trek. Derang cakap OK, tapi kena lebih berhati-hati dan pastikan gerak awal dan cepat di kawasan avalanche. Once dah lepas kawasan avalanche, it would be OK. Yang penting kena lepas kawasan tu dulu.

Tips nak lalu kawasan avalanche, kena lalu masa pagi sebelum matahari naik tinggi. Bila matahari dah tinggi, salji akan cair, masa  tu la akan berlaku avalanche. 

Alhamdulillah kami lepas kawasan avalanche dengan selamat. Tricky part, derang dah buat route baru untuk elak kawasan bahaya tu. Nasib baik laki aku prasan ada bendera biru, kalau tak kami mesti akan terikut jalan lama. Ada trekkers lain yang salah jalan, nasib baik ada orang yang sempat bagitau derang.


Last kopek dah nak sampai ABC, dari MBC ke ABC masa tu salji dah turun lebat. Kiri kanan, depan belakang semua putih. Apa pon tak nampak. Padahal ada gunung sekeliling kami. Satu pon tak nampak. Kami hanya ikut route yang orang depan dah tanda garis guna hiking pole. 

Sikit lagi, sikit lagi nak sampai. Ni la cara aku motivate diri aku. Akhirnya! Aku nampak bumbung rumah di depan. Itulah bumbung guesthouse di Annapurna Base Camp. Yes! Mission accomplished! Alhamdulillah.

Disebabkan salji turun lebat, mana Annapurna?? Aku nampak putih je sekeliling. Takpa sayang, kita tunggu esok. Doa esok cuaca elok, boleh nampak gunung sekeliling.

Malam tu tidur rasa macam tidur dalam peti ais. Rasanya lebih sejuk dari tu. Nasib baik berkongsi haba dengan laki aku. Heater? Memang takde la ye. Dekat hall je dia buka untuk kongsi ramai-ramai masa dinner. Air pon beku sayang. Kau rasa...


to be continued....


subcribe youtube channel : intans999

HIKING ANNAPURNA BASE CAMP - Persiapan ke ABC trekking

01 March - Alhamdulillah, akhirnya sampai juga Pokhara. Sampai dalam pukul 5 pagi. Terus check in hostel di Pokhara. Nasib baik dapat check in awal-awal pagi. Apa lagi, lompat katil, sambung tidur!

Pokhara, Pokhara, Pokhara...

Aku tak expect Nepal ni best. Aku bayangkan Nepal ni macam ala-ala India.
Unexpectedly, Nepal cantik dan bersih! Aku suka Nepal! Tambah-tambah Pokhara yang sememangnya lagi best dari Kathmandu. Rasa tenang je dekat Pokhara. Memang terbaik kalau nak trip leisure di sini.  Oh hari ni, kami kena selesaikan permit untuk ke ABC. Lepas tu jalan-jalan di town Pokhara yang peaceful.

Apa yang perlu buat untuk ke ABC?

1) Ambil insurance yang cover mountaineering

2) Dapatkan Annapurna trekking permit di Tourist Centre. 
    Harga untuk foreigner; ACAP:2000 NPR | TIMS Permit : 2000 NPR 

3) Isi application form  [ sediakan 4 keping gambar ]


Pilih laluan trekking

Annapurna trekking ada banyak route, seperti Annapurna Base Camp, Annapurna Circut, dan lain-lain lagi. Kami decide untuk ambil Annapurna Base Camp route. Tempoh trekking 7 hari 6 malam. Untuk trek yang lebih pendek boleh pergi ke Poon Hill, daytrip atau 2H1M. Sebenarnya ada banyak laluan boleh pilih, kena check di map.

Perlu guide atau tidak?

Ada orang yang trekking dengan guide dan ada yang tanpa guide. Kalau kurang confident dan dalam group yang ramai, better ambil guide. Kami hanya berdua dan kami rasa tak perlu untuk ambil guide, so that's what we have decided.

Sekiranya taknak ambil guide, kena betul-betul study mana route yang nak ambil dan mana check point untuk stop bermalam. Penting juga untuk sentiasa tanya orang sekeliling (local people) arah mana tempat yang nak pergi. Tidak semua tempat ada signboard. Jadi perlu sentiasa alert.

Siapa yang tak biasa trekking di kawasan salji, rasanya better guna guide. Kalau pergi masa time ada salji, banyak benda kena extra aware macam avalance/ salji runtuh dan lain-lain. 

Apa yang nak bawa pergi trekking?

Kalau tanya aku, mestilah tak payah bawa apa-apa. Kalau boleh aku taknak bawa apa-apa, nak melenggang je berjalan. Menyesal pula bawa macam-macam tak larat nak angkut. ABC trek ni ada guesthouse dan kedai-kedai sepanjang jalan. Kalau nak senang, bawa ja duit. Lapar makan je dekat kedai-kedai sepanjang perjalanan. Cuma harga makanan 3X ganda la. Ingat senang derang nak buat kedai atas gunung, derang pon kena jalan kaki angkut makanan. Sebab tu la makanan mahal.

- Baju persalinanan (seboleh-bolehnya bawa sikit je, lagi senang pakai je baju yang sama sampai habis trekking)

- Chocolate & protein bar

- Water purification tablet ( letak tablet ni dalam air paip, so boleh minum) 

- Any mint/ menthol candy (eclipse)

- Hiking pole (penting kalau ada salji)

- Crampons / Shoes spike anti slip (kalau trekking masa ada salji)

- Winter jackets, gloves (klau trekking masa musim sejuk)

- Lain-lain benda basic kalau pergi hiking

- Kalau rajin dan nak save duit bawa la makanan


Ok sambung next post pula...


Subcribe my youtube channel : intans999






HIKING ANNAPURNA BASE CAMP - DELHI - SONAULI - POKHARA

28 Feb 2020 - Aku sampai Delhi pagi 28 Feb. Gembiranya dapat jumpa husband yang dah lebih kurang sebulan tak jumpa. Dapatlah lepaskan rindu. Malam tu tanpa dilengah-lengahkan lagi, penuh dengan semangat nak ke Nepal, kami teruskan perjalanan by road by bus ke sempadan Nepal di Gorakhpur. Tak ingatlah berapa belas jam, naik malam sampai pagi esoknya. Tapi OKla sebab ambil sleeper bus, tidur je la sepanjang perjalanan. Sleeper bus di India, dalam bus ada buat deck atas dan bawah yang boleh baring tidur. Sebab tu namanya sleeper bus.

Kami sampai di Gorakhpur dan dari Gorakhpur perlu ke Sonauli, sempadan India-Nepal. Bertolak ke Sonauli dengan sharing taxi. Perjalanan lebih kurang sejam.

Tibanya di sempadan India-Nepal. Driver pon turunkan kami di Sonauli, sebuah town kecil. Kami dengan backpack besar gedabak, jalan kaki mencari immigresen untuk ke Nepal. 

"Eh, apsal lain macam je tempat ni, mana Nepal?" 

Rupanya-rupanya kami dah masuk ke Nepal, senangnya tak ada immigration yang jaga ke dekat sempadan? Alamak, rupanya immigration India dah terlepas jauh ke belakang. Terpaksalah patah balik sebab nak cop passport. Jauh dah berjalan kena patah balik pulak. Immigration pon kecil je, tu yang tak perasan. Orang India boleh masuk Nepal tanpa guna passport, guna ID card ja. Sebab tu kawalan border tak ketat. Boleh masuk keluar macam tu. Tapi foreigner kenalah cop passport. 

Untuk masuk ke Nepal boleh buat on arrival visa harga 30usd. Kalau tak ramai orang memang OK ja buat visa on arrival, tapi time aku tu ada satu bas tourist dari Myanmar. Memang kena berebut la nak buat visa. Dahla immigration kecil, staff tak ramai. Maybe kalau visa on arrival di airport OK.

OK selesai masuk pon Nepal. 

Kami dah agak letih sebab travel dari malam tadi, berjaya masuk ke Nepal dah tengah hari. Then dari situ nak ke Pokhara pula. ABC terletak di Pokhara, jadi tak perlu ke Kathmandu, terus ke Pokhara. Ada beberapa bas ke Pokhara, semua gerak petang. Bas petang ke Pokhara, akan sampai Pokhara keesokan paginya. Ni bukan sleeper bus macam kami naik dari Delhi. Ni bas local ye. Bukan macam volvo bus. Yang ni memang aku rasa lama gile nak sampai. Disebabkan timing untuk sampai Pokhara pagi, memang banyak la bas ni berhenti, makan la, driver tidur la. Kalau direct tak berhenti maybe sekejap je sampai. Huhuhu. Yang ni memang aku rasa agak hazab. Kerusi keras, sejuk Yarabbi sebab angin gebush gebush dari luar. Tambah pulak kami dah 2 hari travel naik bus. Next story, next post..daaaaaa

HIKING ANNAPURNA BASE CAMP - TERDETIKNYA PERASAAN NAK HIKING ANNAPURNA BASE CAMP (ABC)

Pada Feb 2020, tetiba timbulnya perasaan nak hike ABC. Selama ni aku memang tak pernah terfikir pon nak hike sampai ABC. Tak tahu la datang angin apa, aku rasa nak hiking ABC. Aku saja buat-buat tanya husband aku, 

"Jom kita panjat ABC" (aku tak berharap dia akan cakap YES sebab tetiba je aku ajak)

Tapi tanpa diduga, he answered " Okay, let's go"

Apa lagi, melompatlah aku kegirangan gitu.

Mid March 2020 aku ada group trip ke Pakistan. Jadi aku ada sedikit masa di India sebelum aku masuk ke Pakistan dari India. Masa yang ada ni aku nak gunakan untuk masuk Nepal dengan husband aku yang ada di India masa tu.

Bayangkan, aku plan hari dan aku ajak husband aku masuk Nepal untuk ke Annapurna Base Camp minggu depan. Aku tak ada sebarang preparation, apatah lagi training nak ke ABC. Aku dengar orang nak ke Nepal siap training berminggu-minggu. Tapi dengan hati aku yang kental suka main redah je ke mana-mana, kami tekad untuk pergi juga.  

Seriously, I knew nothing about Annapurna Base Camp. So, i started to google about the mountain and how to do self trekking. I did not plan to take any guide for the trek because i believed that people managed to do the trekking by their own. My reason to do self trekking definitely to save our budget. Hiring guide for the trek would cost a lot.

Oh, Annapurna ni terletak di Nepal dan antara gunung tertinggi di Nepal. Everest pon terletak di Nepal tapi di kawasan lain. Annapurna terletak di Pokhara, Nepal. Jadi, dalam masa yang sangat singkat aku study cara untuk masuk Nepal dari India dan cara untuk hiking di Annapurna. Aku bagitahu husband aku " Don't worry, let's go babe!" Confident kan aku, aku kalau bab-bab nak travel ni study memang laju. Hehe.

27 Feb 2020 - Aku bertolak dari Malaysia to Delhi, jumpa husband aku di Delhi dan kami terus bertolak ke border Nepal. Dari Delhi ke border Nepal tu bukan dekat ye, kalau naik flight memang la sekejap je. Kami pergi by road, naik bas malam sampai keesokan paginya. Okla next story next post ye. Daaaaaaa.....







Thursday, 17 October 2019

ANDA TERASA BERBUNGA-BUNGA BILA JATUH CINTA DENGAN ORANG LUAR?


Post kali ni kita bercerita pula pasal "jatuh cinta dengan foreigner". Aku percaya mesti ada antara kita yang mungkin dah "terjatuh" cinta dengan foreigner semasa travel.

Kalau mengikut pengalaman aku, biasanya kalau travel ke negara luar, orang-orang di sana not as friendly as people in India/Kashmir/Pakistan. That’s why banyak orang Malaysia  teruja atau excited bila pergi ke Kashmir. Not only because of the place, but it’s also because of the people there. Kalau pergi sekali mesti nak pergi lagi. Betul tak? Mungkin ada aura di sana yang boleh menarik tourist untuk datang. Especially orang Malaysia.

Bila anda ke Kashmir, India mahupun ke Pakistan, orang di sana ada culture memuliakan tetamu. Tetamu akan dilayan bak raja dan permaisuri. Mana tak seronok kalau kena layan macam tu sekali. Mengikut kepada pengalaman aku juga, lelaki di sana “sweet talker”. Siapa yang dah pernah ke Kashmir, betul tak apa yang aku cakap ni? Muka lelaki di sana sangat matang, kalau kita nampak macam 30-an, percayalah umur dia mesti baru 21 tahun. Kalau anda rasa di Malaysia, tak pernah ada lelaki yang mengayat/mengorat, tapi bila ke sana anda akan rasa pelik kenapa ramai sangat lelaki yang "being nice to you". Biasanya ini berlaku antara tourist perempuan dan lelaki local.  Tapi sejauh manakah lelaki-lelaki ini serious dengan anda? Bawah ni antara tips untuk tahu si lelaki serious atau tidak dengan anda.

1) Perbezaan umur yang terlalu ketara

Bila berkawan dengan lelaki di sana, jangan lupa tanya umur. Ini soalan pertama yang patut tanya. Jangan bila dah bercinta baru tahu beza umur 20 tahun. Kadang-kadang lelaki di sana sengaja nak berkawan dengan perempuan yang lebih berumur sebab dia tahu mereka lebih stabil dari segi kewangan. Terpulang kepada niat masing-masing. Mungkin ada yang jujur dan mungkin ada yang tidak. Biasanya lelaki yang 30-an ke atas dah kahwin. Tinggal lelaki 20-an yang belum kahwin. Risau-risau kalau lelaki-lelaki ni sekadar nak mencari “sugar mummy”. Lelaki di sana maintenance tinggi. Sebab  tu la bergaya. Tengok je la style rambut.Tiap-tiap minggu pergi saloon. Kaki gym pon ramai.

2) Kewangan si lelaki

Periksa sama ada si dia ada kerja yang stabil atau tidak. Kalau nak tahu si lelaki hanya gunakan anda atau tidak, antara hint nya adalah adakah dia selalu cakap boleh tak tolong carikan kerja untuk dia di Malaysia. Ini tanda-tanda mungkin dia nak gunakan anda semata-mata untuk dapat kerja di Malaysia.

3) Siapa yang keluarkan duit

Kalau setiap kali keluar perempuan yang belanja/bayar agak tidak gentleman di situ. Please don’t spend money on him. If he likes you, let him spend the money.

4) Cepat sangat ajak kahwin

Baru 3 hari kenal, si lelaki dah mula “I love you, I want to marry with you”. Kalau rasa terlalu macam cerita Hindustan, mungkin ada yang tak kena. Orang sana terpengaruh dengan cerita Hindustan, dari segi percakapan tingkah laku sama macam cerita Hindustan.

“I can’t live without you” ni semua skrip cerita Hindustan je ni.

5) Cuba ajak dia ke Malaysia untuk jumpa family

Kalau dia serious dengan anda, cuba hint dia untuk datang ke Malaysia jumpa family. Biar dia uruskan sendiri proses untuk datang ke Malaysia, tak perlu susah-susah tolong.  Anda tunggu je dekat Malaysia. See his effort to come and meet you. Jangan si perempuan je asyik datang ke sana untuk jumpa dia.

6) Check status

Ni penting sebab tu kalau nak kahwin dengan foreigner kerajaan kita minta foreigner provide single status letter. Ini untuk memastikan si lelaki itu tidak pernah berkahwin. Oleh yang demikian, kalau nak kahwin dengan foreigner kahwinlah di Malaysia. Biar susah/renyah proses nak kahwin di Malaysia, tapi senang untuk masa hadapan. Kahwin di luar memang lebih senang tapi susah di masa hadapan. 

Berbalik kepada tadi, periksa si lelaki ni betul-betul bujang ke sebenarnya laki orang. Kes macam ni even dekat Malaysia pon berlaku. Jadi tak hairanlah kalau ada lelaki di sana yang tipu dia masih single.
[aku sendiri pon pernah jumpa kes macam ni]

7) Betul ke dia mengayat awak seorang je?

Kadang-kadang si lelaki hanya try his luck. Selain anda mungkin ada banyak lagi perempuan foreigner lain yang dia try dengan kata-kata manis dia. Cuba periksa kalau dia ada gunakan cara tackle yang sama tapi dengan orang lain juga. Kes macam ni banyak jadi dekat Instagram. Kalau kita post gambar pastu hashtag Kashmir, percayalah mesti berdozen lelaki Kashmir akan DM kita.


By the way,apa-apa pon bergantung kepada niat masing-masing sama ada dia jujur atau tidak. Aku bagi tips di atas mengikut pengalaman aku sendiri dan cerita-cerita yang berlaku di sana. Orang di sana especially lelaki banyak yang kahwin dengan foreigner. France, Germany, Korean, Japanese, Israel, Indonesian, Thai, Taiwanese, Malaysian, Russian dan macam-macam lagi negara yang berkahwin dengan orang di sana. Mostly lelaki local dan perempuan foreigner. Aku tak pernah lagi dengar perempuan Kashmir kahwin dengan orang luar.

Kes lelaki sengaja menggunakan perempuan untuk kepentingan sendiri. Perkara macam ni bukan sahaja boleh berlaku di sana. Di mana-mana pon boleh berlaku. Di Malaysia sendiri pon banyak. Cuma di sana aku banyak lihat kes macam ni , di mana local people menggunakan tourist untuk kepentingan sendiri. Tourist ni sanggup berbelanja untuk si lelaki. Setiap bulan hantar barang untuk lelaki di sana. Bawa si lelaki untuk travel sana sini. Benda ni dah jadi macam trend di sana. Normally, si perempuan mesti jauh lebih berumur dari si lelaki.

Of course, lelaki yang baik dan jujur pon banyak di sana. Cuma pesan dari aku berhati-hati je lah.  Sebelum aku jumpa “man who are meant to be in my life”, aku pon ada jumpa lelaki lain yang hanya mahu mengambil kesempatan. Kalau nak serious relationship dengan orang di sana, anda periksa dan kenallah dahulu. Jangan disebabkan si dia, duit dan masa pon terbang.

Apa-apa pon doa untuk yang terbaik! Semoga anda semua sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Wednesday, 16 October 2019

PJJ - PERCINTAAN JARAK JAUH

PJJ? Pengajian jarak jauh? Oh, tidak. Dalam kes aku "Percintaan Jarak Jauh"

Sekarang aku di Malaysia dan si dia di Kashmir. Kenapa aku balik dulu? Sekarang ni Kashmir tengah curfew dan segala jenis komunikasi dihentikan. No phone & no internet. Jadi agak susah untuk kami berkomunikasi dengan family dan customer di Malaysia. So, we decided to return to Malaysia. Tapi masa tu passport husband aku tengah renew dan bila tiba-tiba curfew passport dia sangkut. Office tutup dan kami tak tahu apa status passport. No choice, dia kena tunggu sampai passport siap. So aku balik Malaysia dulu. 

Nasib baik landline phone sudah disambung balik. Aku boleh call husband aku everyday.  Cuma agak terhad nak bercakap sebab guna phone rumah. 2 hari lepas postpaid line dah disambung balik. Aku dah boleh call handphone dia. Mahal ke call India? Kalau call direct memang mahal. Tapi aku guna apps mobilevoip/voipstunt. Murah. Rate call India 0.015 Euro/seminit, lebih kurang 7sen seminit. 

Inilah kali pertama aku berjauhan dengan husband aku. Biasanya kami tak pernah berenggang. Kerja bersama, di rumah pon bersama. So, untuk aku agak susah sesuaikan diri tanpa husband. Susah sebenarnya"PJJ" ni.  Kadang-kadang termenung aku sorang-sorang terpikir apa la husband aku tengah buat sekarang. Kalau ada internet at least boleh buat video call, boleh hantar gambar. Internet tak dapat di sana, maknanya dah dekat sebulan aku tak tengok husband aku.

One good thing bila dah berjauhan dengan husband, kita akan lebih menghargai antara satu sama lain. Rasa bersyukurnya Allah bagi aku husband. Hargailah nikmat yang Allah bagi dan jangan sia-siakan. 

"Siapa tak sayang laki wey"



Tuesday, 15 October 2019

THROWBACK - BERGADUH DENGAN POLIS & ARMY DI PAKISTAN

Aku nak throwback kenangan masa aku ke Pakistan 2 tahun lepas. Sebab dah nak pergi Pakistan 2 minggu lagi. Hihi. 

Masa tu aku dan travel partner aku, kami berdua backpacking ke Pakistan. Tak guna sebarang travel agency main redah je semua. Macam-macamla story sepanjang kami travel di sana selama 20 hari lebih. Memang seronok bila backpacking, macam-macam orang kita jumpa.

Antara story yang aku nak cerita ni masa aku travel dari Chitral ke Malakand, nak menuju ke Swat Valley. Kami guna shared taxi kereta sedan share dgn 2 org lagi org local. Semuanya okay on the way dan orang local tu pon friendly. Then ada kena lalu tunnel dan tunnel tu tutup sekejap masa tu jadi kena tunggu. Driver cakap kita boleh lalu, aku tak tau la mcm mana lepas tu ada kereta polis escort kami di depan. Maybe sebab polis tau kami foreigner. 
Kereta polis escort

Kereta polis escort beberapa km dan lepas tu polis datang untuk check. Surprisingly polis tu marah bila dapat tahu kami share kereta dengan orang local. Kejadian ni masa di Malakand. Polis marah driver dan orang local yang dlm kereta tu. Driver cakap mana dia tahu yang dia tak boleh bawa foreigner. Aku pon menyampuklah bagitau yang kenapa pula kami tak boleh share kereta dengan local people. Selama ni kami travel di Pakistan smua guna local transport. Aku pon tak paham. Tak semena mena kami kena keluar dari taxi tu dan sampai situ sajala walaupun destinasi tak sampai lagi. Kami kena naik kereta polis. Mana pula polis ni nak bawa kami. Polis bawa kami ke government guesthouse dan kena tunggu pula officer dia datang. Tung tang tung tang bincang dengan geng2 polis ni last last boleh kawan pula dengan derang ni. Mula-mula gaduh. 

Kesimpulannya, mungkin tak boleh shared taxi yang kereta sedan. Ntah aku pon tak sure. Polis ni bagi kami stay di guesthouse tu free dan siap bagi food lagi. Kami bagitau polis tu yang kami nak ke Swat esok. Aku dah check dengan polis tu okey ke kami ke Swat, boleh masuk ke sebab kami tak bawa any permission letter. Polis tu cakap okay ja boleh masuk. Kalau ada apa-apa boleh phone dia. Okay!

Keesokan harinya awal-awal lagi abam polis datang. Hari ni tak pakai uniform, dia pakai salwar khameez. Polis hantar kami dengan kereta polis ke station bus. Kami naik shared van untuk ke Swat. Ini kes kedua pula. Dah seronok-seronok nak ke Swat, ada checkpost kami kena tahan dengan army pula. Army tanya mana letter. Aku tak ingat apa letter yang dia minta. Aku cakap letter apa, kami dah check dgn polis tak perlu surat kebenaran. Army tu cakap turun sekarang, tak ada letter tak boleh masuk. Dia ambil beg kami dari atas van dilemparnya ke bawah. Dah beg kena bawa turun terpaksala kami turun. Aku tak puas hati memang aku argue dengan army tu. Dalam bahasa urdu ye. Aku call pegawai polis yang semalam dan biar army-police talk. Army tu tak setuju, dia cakap tak boleh juga. Army tu cakap kuasa army lebih kuat dari polis. Polis tak boleh buat apa-apa. Dia kata kalau nak masuk juga pergi buat surat dekat Peshawar. Mana sempat nak kena pergi Peshawar dan datang balik. Aku still nak argue juga. Tau macam mana cara army tu cakap? Air liur dia pon boleh kena muka aku. Macam army tengah bagi arahan utk kawad. Macam tu la. Aku dah stress. Kena tengking lagi. Aku pon dah tak ingat apa aku cakap dengan army tu tapi macam nak bergaduh juga la. Last-last aku ternangis. Army tu cakap dah-dah pergi masuk pondok army. Kami relax tenangkan fikiran dekat pondok tu. Army lain tanya lapar tak? Kami pon angguk je. Dapat set capati free. 
Dilemparnya beg kami di situ

Army belanja set capati/nan
Aku pon dah relax sikit terpaksa akur dengan arahan army. Army tadi yang tengking tu datang. Dia datang pegang kepala aku dan cakap you are like my sister. Orang sana kalau pegang atas kepala maksudnya macam bagi restu. Army tu cakap derang tak bagi kami masuk atas sebab safety. Okla.. Fine.. Then army tu tahan bas untuk hantar kami balik ke Rawalpindi. Btw sempat juga pakcik dan abg army dkt situ minta FB kami.

Ini yang berlaku 2 tahun lepas. Sekarang tak ada masalah untuk masuk ke Swat.