Saturday 19 November 2016

Valley of Flower, India - Part 2

30 days Solo Backpacking in India - Part 2

Govindghat (alt 1828m) to Ghangria (alt 3048m)


Post sebelum ini, aku cerita sampai aku di Govindghat. So untuk sampai ke Valley of Flower, dari Govindghat aku kena trekking 14km trek ke Ghangria. Dari Ghangria trekking 3km to Valley of flower. Apa Valley of flower ni? 


Introduction to Valley of flower;



Valley of Flowers National Park is an Indian national park, located in West Himalaya, in the state of Uttarakhand and is known for its meadows of endemic alpine flowers and the variety of flora. This richly diverse area is also home to rare and endangered animals, including the Asiatic black bear, snow leopard, musk deer, brown bear, red fox, and blue sheep. Birds found in the park include Himalayan monal pheasant and other high altitude birds.At 3352 to 3658 meters above sea level, the gentle landscape of the Valley of Flowers National Park complements the rugged mountain wilderness of Nanda Devi National Park to the east. July to October is pleasant and ideal for the visit of the national park and is good for spotting endangered animals.August and September are eye catching months with blooming flowers. December to May is snow bound and road blocks prevent the tourist from visiting the outdoors.

OK, itulah sedikit detail tentang Valley of Flower yang terletak di Uttarakhand. Dari Govindghat, aku trekking 14km yang mengambil masa lebih kurang 7 jam termasuk masa berehat dan makan. Aku agak bernasib baik sebab jumpa satu group dari Kerala, aku trekking dengan derang. They were nice, even helped me to carry my bag sometimes.Trek ke Ghangria, trek jalan yang elok. Kalau tak larat nak jalan, boleh naik kuda atau barang boleh bagi kuda angkut. Aku tak tau harga berapa sebab tak tanya pon. Walaupun trek elok, jalan bersimen lagi, tapi aku tatau la sama ada stamina aku semakin teruk atau entahla, tapi aku agak pewai (penat gile). Beg aku yang tak berapa nak berat tu pon aku rasa berat. Sepanjang jalan dapat buat kawan baru, ramai orang yg  friendly tegur, mungkin sebab tengok aku perempuan jalan sorang-sorang. Ramai orang pelik dan kagum tengok aku datang sorang-sorang.Biasa la tu bang, huhu. Sepanjang jalan ke Ghangria, ada kedai-kedai jual minuman & makanan. Senangla kalau rasa lapar boleh berhenti, lepak-lepak minum dulu. Tapi harga double daripada harga biasa. Ye la, kedai atas gunung bukan senang nak buat, nak angkut barang bagai. Sebab tu la harga double. Ni gambar sepanjang perjalanan aku ke Ghangria.




Nice hut







Papa ji naik kuda

Kebetulan jumpa org Malaysia, uncle baju oren.
Orang-orang local Uttarakhand, kecuali aku la kan
Thanks to this kerala guys, helped me a lot

Glacier behind me
With Kerala boys
We reached Ghangria around 6pm, I didn't booked any guesthouse so just randomly walked in to any guesthouse. The guesthouse price was quite cheap, I found a guesthouse, Priya Hotel for only Rs200(RM12) per night. The next morning, aku akan trekking ke Valley of Flower. Malam tu dinner with the Kerala guys and resting. Phone kena pastikan charge cukup-cukup. Rugi je datang jauh-jauh tiba-tiba camera pula tak ada battery kan. Dekat Ghangria ni memang sejuk. Menggigil la aku sebab tak bawa baju sejuk, baju sejuk aku tertinggal dekat bawah. Tempat ni hanya buka time July to October sahaja, kalau waktu lain tempat ini tutup sebab penuh dengan salji. 

Journey to the Valley of Flower

Bermula trekking ke Valley of flower dalam pukul 8 pagi. Dari Ghangria perjalanan dalam 3km, ambil masa lebih kurang 3 jam. Lepas 3 km, masuklah ke kawasan Valley of flower dan ada lagi 10km untuk berjalan sepanjang kawasan Valley of Flower. Untuk pergi ke Valley of flower hanya boleh pergi dengan kaki je sebab kuda tak dibenarkan masuk ke kawasan Valley of flower. Mungkin sebab tak nak tercemar dengan tahi kuda. Tapi khidmat mengangkut orang guna bakul ada, siapa-siapa yang tak larat bolehlah naik bakul....

Ticket entry to Valley of flower for 3 days is Rs150 for local people. Untuk foreign tourist, harga lebih mahal. As usual, aku memang selalu beli harga local.
Alhamdulillah tak hujan masa aku pergi. Perjalanan smooth n steady...⌒°(❛ᴗ❛)°⌒

Subhanallah, Valley of Flower memang sangat cantik. Sepanjang perjalanan ke Valley of flower pon sangat cantik. Sangat indah dan terasa ketenangan berada di tempat seperti ini. Bunga-bunga, gunung-ganang, sungai, air terjun dan glacier dapat kita nikmati di sini. Inilah keindahan alam ciptaan yang Maha Esa. Aku memang suka sangat dengan nature. I love to explore the nature. Sebab itu, trip aku kebanyakan pergi cenderung ke arah nature. Bunga-bunga di sini adalah bunga-bunga himalaya yang rare, yang jarang dijumpai, ada di kawasan himalaya sahaja. Bunga di sini tak besar, kecil-kecil je. Comel je.

Dah penat-penat pusing dekat Valley of flower, aku turun balik ke Ghangria. Malam bermalam di Ghangria untuk malam kedua di guesthouse yang sama. The next morning, aku pergi ke Hemkund, rugi pulak kalau tak pergi sebab alang-alang dah sampai. Aku terpaksa pergi ke Hemkund sorang sebab Kerala friends yang pergi ke Valley of flower bersama aku dah balik the next morning. 

Pictures on the way to Valley of Flower


Inilah bakul utk angkat orang

Jom naik bakul
Inilah rate harga untuk masuk Valley of flower

Background gunung ganang
Glacier






So green



Pictures at the Valley of Flower



















Blueberry, sedap juga aku makan
New friends
We are Asian, from left Singaporean, Malaysian, India.

Ghangria to Hemkund (alt 4329m)

Aku bertolak ke Hemkund lebih awal sebab Hemkund lebih jauh untuk ke sana. Hemkund pon altitude lebih tinggi. Untuk pergi ke Hemkund boleh naik kuda bagi yang tak larat. Aku bertolak pukul 630 pagi, sampai sana lebih kurang pukul 11 pagi. Kena bertolak awal pagi sebab agak jauh, trekking pon agak mencanak. Dari Ghangria lebih kurang 6km trek.


Apa yang ada dekat Hemkund ni? Hemkund terkenal dengan Guduwara, so banyak yang datang sini orang-orang Sikh. Aku pergi sini sebab dekat Hemkund ada tasik yang sangat cantik. Some details about Hemkund;


Hemkund (Snow Lake) Sahib, as the name itself suggests, is a high-altitude lake (4329 m) surrounded by seven huge now-covered mountains, which are collectively called Hemkund Parvat. Close to the lake is a sacred Gurudwara that is a pilgrimage centre for Sikhs and Hindus from all over the world.


Ok, agak penat nak pergi ke Hemkund ni. Walaupun jalan elok, tapi asyik mencanak je. Penat!~

Satu lagi, hujan! Bila dah kat atas tu aku pon dah confuse hujan ke air dari kabus ke apa. Tapi memang basah la. Kat Hemkund memang sangat sejuk! Kalau tengok bawah memang dah tak nampak apa-apa, yang nampak kabus je. Kabus ke awan? Entah, aku pon tatau. Bila dah dekat tengah hari hujan turun. nasib baik ak bawa baju hujan. Tu pon basah juga.

Tasik hijau Hemkund memang sangat cantik, walaupun tak besar sangat. Kalau selain musim summer, tasik tu beku. Maksud 'Hem' sendiri pon snow. Tapi serius sangat sejuk. Tasik tu lagi la sangat sejuk. Boleh pula orang-orang Sikh/Hindu 'holy dip' dekat tasik tu. Boleh la tengok aksi-aksi derang berendam dekat situ. Aku yang tengok ni pon menggigil. Masa time aku sampai Hemkund tengah hari tu hujan agak lebat, masa turun pon hujan masih lagi tak berhenti. Agak bahaya masa turun sebab jalan lincin. Banyak kali juga la aku macam nak terjatuh, kasut tak cukup grip. Alhamdulilah nasib baik tak tergolek aku. Macam biasa kalau naik macam agak penat, turun mesti senang, cuma penat nak brake pakai kaki je. 


Lupa pula, lagi satu yang famous pasal Hemkund ni, dekat sini ada bunga Brahma Kamal. Bunga ini adalah king of himalayan flowers.


The Brahma Kamal is the most reverred flower of the Himalayas. It is an excellent example of plant life at high mountains (3,000-4,600 m). The flowers found in monsoons and abundant in high-altitude places like The Valley of Flowers and Hemkund Sahib.

Aku sampai Ghangria petang tu, malam ketiga bermalam di Ghangria. Baju aku memang lencun walaupun pakai baju hujan yang plastik tu. Baju bawa tak cukup la pula, sangatla sejuk pakai baju basah di tempat yang sangat sejuk. Dekat guesthouse memang tak ada heater. Air panas untuk mandi kena minta baru dia bagi. Minta satu baldi,harga dalam RM5 kot.  Esok aku akan turun dari Ghangria ke Govindghat.

Pictures at Hemkund 
Horse & glacier




Sejuk gedi ayaq

Inilah tasik Hemkund, hijau dan sgt cantik, tak rugi penat2 aku panjat
Clear water of Hemkund
Blue poppy, himalayan flower
Brahma kamal, king of himalayan flower
Banyak brahma kamal di sini
Ghangria -> Govindghat -> Joshimath -> Rishikesh

Aku bertolak pulang dari Ghangria selepas 4 hari 3 malam. Lupa nak cakap dekat sini memang tak ada Wifi. Jangan kata Wifi, line phone pon tak dapat. Kalau nak call, kena call berbayar dekat kedai.


Aku turun dari Ghangria pagi-pagi sebab jauh juga nak turun, 13 km. Aku turun sorang-sorang. Macam tak ramai orang time aku turun masa tu, tatau la sama ada derang turun lebih awal daripada aku atau lebih lewat. Aku turun sorang-sorang sambil dengar lagu hindustan dan menikmati alam. Feel the nature~ 



Orang hotel yang aku stay,mamat sebelah aku to comel..hihi
Dah nampak kegelapanku, selfie je la bila jalan sesorang






I was planning to go to Badrinath lepas dah sampai Govindghat. Tapi jalan ke Badrinath tutup sebab landslide. So aku pergi ke Joshimath balik, checked in guesthouse yang sama. Bermalam satu malam di Joshimath, the next morning aku pergi ke Rishikesh.

Bas dari Joshimath ke Rishikesh bertolak awal-awal pagi. Last bus pon dalam pukul 7 am lebih kurang. Perjalanan 10 jam, so bas akan bertolak awal. Aku berjaya naik bas pukul 10 pagi. Macam biasa, aku naik local bus. Maybe boleh naik shared taxi, tapi sebab aku seorang je, paling budget naik local bas je. Kali ni seat aku agak belakang, memang pening nak muntah aku rasa. Local bas tak jalan non stop, bas ni  stop untuk lunch, so tak ada la kelaparan orang-orang dalam bas. Makanan yang biasa aku makan hari-hari adalah biskut, chip lays & mountain dew. Sihat tak? Sebab tu la aku boleh kurus time travel.


Sampai di Rishikesh, hujan sangat lebat. Bas berhenti dekat bas station, aku kena cari tempat nak bermalam nearby dgn bus station sebab the next morning aku nak pergi tempat lain. So senang kalau stay dekat bus st. Rishikesh tempat transit je. Hujan sangat lebat, jalan pon banjir, aku dengan beg berat berjalan dalam hujan cari guesthouse. Kasut, baju dan seluar aku habis basah lencun. Payung aku pon sikit lagi nak terbang sebab angin kuat. Guesthouse dkt bus st. tak byk yang elok dan mahal. Aku terpaksa stay je dkt guesthouse yang tak berapa nak elok, payah aku nak cari guesthouse lain dalam hujan lebat. Sabar je la untuk satu malam. 


Actually where was my next destination? Actually itinerary yang aku plan sampai Valley of flower je, lepas tu aku tak plan pon nak pergi mana. Aku masih ada 10 hari dekat India lepas aku settle trip ak ke Valley of flower. So aku just plan on the spot je aku nak pergi mana. My friend suggested to go to Dehradun. Lagi pon Dehradun dekat je dengan Rishikesh, okay next destination aku ialah Dehradun. Dehradun is the capital city of Uttarakhand.


Dehradun

Rishikesh to Dehradun tak jauh sangat, aku naik local bus harga Rs50(RM1.50) je. Perjalanan lebih kurang 2 jam. Di Dehradun pon hujan on & off. Time monsoon dekat Uttarakhand memang asyik hujan je. Aku tatau pon aku nak pergi mana dekat Dehradun. Luckily kawan aku introduce aku dekat kawan dia dekat Dehradun, so kawan baru aku yang baik hati ni la yang bawa aku jalan-jalan dekat Dehradun.


Somewhere in Dehradun, naik bukit ni dengan motor, vroomvroom



Actually, aku dah tak berapa nak rajin sambung cerita pasal trip aku ni.
Aku just bagitau route aku je la. 

Dehradun -> Delhi -> Jalandhar (Punjab) -> Jammu (JnK) ->Delhi -> Agra -> Chandigarh -> Amritsar -> Jammu -> Delhi -> Hyderabad

Nampak macam pening kan route aku, sekejap aku pergi sini sekejap sana, sekejap aku patah balik. Aku terlepas flight dengan sengaja lagi. Macam-macam la aku ni, so daripada yang asalnya 20 hari trip jadi 30 hari trip. Siap terlepas flight dan macam-macam lagi. (。•́︿•̀。)







No comments:

Post a Comment