Sunday 19 July 2020

HIKING ANNAPURNA BASE CAMP - Route ke Annapurna Base Camp

Ini adalah route atau laluan yang aku pilih untuk ke Annapurna Base Camp.
Berapa jam trekking aku dah tak berapa ingat, roughly satu hari kami akan trekking campur rehat lebih kurang 7 jam.


02 March - Naik bus dari Pokhara ke Nayapul, start trekking from Nayapul to Gandruk. Overnight in Gandruk

03 March - Trek Gandruk to Chomrong. Overnight in Chomrong

04 March - Trek Chomrong to Himalaya. Overnight in Himalaya.

05 March - Trek Himalaya - MBC - ABC. Overnight in Annapurna Base Camp.                       Yeay sampai ABC. Happy gile.

06 March - Trek ABC to Bamboo. Overnight in Bamboo.

07 March - Trek Bamboo to Jhinu. Overnight in Jhinu

08 March - Jhinu to Nayapul. Sharing taxi to Pokhara.


Masa aku pergi ni awal March, masa ni akan selalu ada avalanche ataupon salji runtuh. Beberapa minggu sebelum tu, ada group Korean yang terperangkap masa berlaku avalanche. Unfortunately, semua tidak dapat diselamatkan. Disebabkan hal ini, ada beberapa trekkers yang kami jumpa dah pergi half way tapi  tak confident untuk teruskan ke ABC sebab risau dengan avalanche. Derang tak nak ambil risk untuk teruskan trekking. Aku dah risau masa tu, risau takut tak sampai Annapurna Base Camp. Memang setiap orang yang pergi situ berharap untuk complete the trek. Tapi kalau dah ditakdirkan untuk tak sampai takpe boleh cuba lain kali. Aku dan husband decided to continue the trek. Kami akan tengok keadaan macam mana sama ada boleh teruskan trek atau tidak. Mengikut ramalan cuaca akan ada snowfall dalam beberapa hari akan datang. Snowfall bukanlah petanda yang baik sebab ini akan menyukarkan trek. 

"It's OK, we will see and decide what to do" 

Dalam perjalanan kami banyak tanya orang local dan local guide sama ada OK atau tidak untuk teruskan trek. Derang cakap OK, tapi kena lebih berhati-hati dan pastikan gerak awal dan cepat di kawasan avalanche. Once dah lepas kawasan avalanche, it would be OK. Yang penting kena lepas kawasan tu dulu.

Tips nak lalu kawasan avalanche, kena lalu masa pagi sebelum matahari naik tinggi. Bila matahari dah tinggi, salji akan cair, masa  tu la akan berlaku avalanche. 

Alhamdulillah kami lepas kawasan avalanche dengan selamat. Tricky part, derang dah buat route baru untuk elak kawasan bahaya tu. Nasib baik laki aku prasan ada bendera biru, kalau tak kami mesti akan terikut jalan lama. Ada trekkers lain yang salah jalan, nasib baik ada orang yang sempat bagitau derang.


Last kopek dah nak sampai ABC, dari MBC ke ABC masa tu salji dah turun lebat. Kiri kanan, depan belakang semua putih. Apa pon tak nampak. Padahal ada gunung sekeliling kami. Satu pon tak nampak. Kami hanya ikut route yang orang depan dah tanda garis guna hiking pole. 

Sikit lagi, sikit lagi nak sampai. Ni la cara aku motivate diri aku. Akhirnya! Aku nampak bumbung rumah di depan. Itulah bumbung guesthouse di Annapurna Base Camp. Yes! Mission accomplished! Alhamdulillah.

Disebabkan salji turun lebat, mana Annapurna?? Aku nampak putih je sekeliling. Takpa sayang, kita tunggu esok. Doa esok cuaca elok, boleh nampak gunung sekeliling.

Malam tu tidur rasa macam tidur dalam peti ais. Rasanya lebih sejuk dari tu. Nasib baik berkongsi haba dengan laki aku. Heater? Memang takde la ye. Dekat hall je dia buka untuk kongsi ramai-ramai masa dinner. Air pon beku sayang. Kau rasa...


to be continued....


subcribe youtube channel : intans999

HIKING ANNAPURNA BASE CAMP - Persiapan ke ABC trekking

01 March - Alhamdulillah, akhirnya sampai juga Pokhara. Sampai dalam pukul 5 pagi. Terus check in hostel di Pokhara. Nasib baik dapat check in awal-awal pagi. Apa lagi, lompat katil, sambung tidur!

Pokhara, Pokhara, Pokhara...

Aku tak expect Nepal ni best. Aku bayangkan Nepal ni macam ala-ala India.
Unexpectedly, Nepal cantik dan bersih! Aku suka Nepal! Tambah-tambah Pokhara yang sememangnya lagi best dari Kathmandu. Rasa tenang je dekat Pokhara. Memang terbaik kalau nak trip leisure di sini.  Oh hari ni, kami kena selesaikan permit untuk ke ABC. Lepas tu jalan-jalan di town Pokhara yang peaceful.

Apa yang perlu buat untuk ke ABC?

1) Ambil insurance yang cover mountaineering

2) Dapatkan Annapurna trekking permit di Tourist Centre. 
    Harga untuk foreigner; ACAP:2000 NPR | TIMS Permit : 2000 NPR 

3) Isi application form  [ sediakan 4 keping gambar ]


Pilih laluan trekking

Annapurna trekking ada banyak route, seperti Annapurna Base Camp, Annapurna Circut, dan lain-lain lagi. Kami decide untuk ambil Annapurna Base Camp route. Tempoh trekking 7 hari 6 malam. Untuk trek yang lebih pendek boleh pergi ke Poon Hill, daytrip atau 2H1M. Sebenarnya ada banyak laluan boleh pilih, kena check di map.

Perlu guide atau tidak?

Ada orang yang trekking dengan guide dan ada yang tanpa guide. Kalau kurang confident dan dalam group yang ramai, better ambil guide. Kami hanya berdua dan kami rasa tak perlu untuk ambil guide, so that's what we have decided.

Sekiranya taknak ambil guide, kena betul-betul study mana route yang nak ambil dan mana check point untuk stop bermalam. Penting juga untuk sentiasa tanya orang sekeliling (local people) arah mana tempat yang nak pergi. Tidak semua tempat ada signboard. Jadi perlu sentiasa alert.

Siapa yang tak biasa trekking di kawasan salji, rasanya better guna guide. Kalau pergi masa time ada salji, banyak benda kena extra aware macam avalance/ salji runtuh dan lain-lain. 

Apa yang nak bawa pergi trekking?

Kalau tanya aku, mestilah tak payah bawa apa-apa. Kalau boleh aku taknak bawa apa-apa, nak melenggang je berjalan. Menyesal pula bawa macam-macam tak larat nak angkut. ABC trek ni ada guesthouse dan kedai-kedai sepanjang jalan. Kalau nak senang, bawa ja duit. Lapar makan je dekat kedai-kedai sepanjang perjalanan. Cuma harga makanan 3X ganda la. Ingat senang derang nak buat kedai atas gunung, derang pon kena jalan kaki angkut makanan. Sebab tu la makanan mahal.

- Baju persalinanan (seboleh-bolehnya bawa sikit je, lagi senang pakai je baju yang sama sampai habis trekking)

- Chocolate & protein bar

- Water purification tablet ( letak tablet ni dalam air paip, so boleh minum) 

- Any mint/ menthol candy (eclipse)

- Hiking pole (penting kalau ada salji)

- Crampons / Shoes spike anti slip (kalau trekking masa ada salji)

- Winter jackets, gloves (klau trekking masa musim sejuk)

- Lain-lain benda basic kalau pergi hiking

- Kalau rajin dan nak save duit bawa la makanan


Ok sambung next post pula...


Subcribe my youtube channel : intans999






HIKING ANNAPURNA BASE CAMP - DELHI - SONAULI - POKHARA

28 Feb 2020 - Aku sampai Delhi pagi 28 Feb. Gembiranya dapat jumpa husband yang dah lebih kurang sebulan tak jumpa. Dapatlah lepaskan rindu. Malam tu tanpa dilengah-lengahkan lagi, penuh dengan semangat nak ke Nepal, kami teruskan perjalanan by road by bus ke sempadan Nepal di Gorakhpur. Tak ingatlah berapa belas jam, naik malam sampai pagi esoknya. Tapi OKla sebab ambil sleeper bus, tidur je la sepanjang perjalanan. Sleeper bus di India, dalam bus ada buat deck atas dan bawah yang boleh baring tidur. Sebab tu namanya sleeper bus.

Kami sampai di Gorakhpur dan dari Gorakhpur perlu ke Sonauli, sempadan India-Nepal. Bertolak ke Sonauli dengan sharing taxi. Perjalanan lebih kurang sejam.

Tibanya di sempadan India-Nepal. Driver pon turunkan kami di Sonauli, sebuah town kecil. Kami dengan backpack besar gedabak, jalan kaki mencari immigresen untuk ke Nepal. 

"Eh, apsal lain macam je tempat ni, mana Nepal?" 

Rupanya-rupanya kami dah masuk ke Nepal, senangnya tak ada immigration yang jaga ke dekat sempadan? Alamak, rupanya immigration India dah terlepas jauh ke belakang. Terpaksalah patah balik sebab nak cop passport. Jauh dah berjalan kena patah balik pulak. Immigration pon kecil je, tu yang tak perasan. Orang India boleh masuk Nepal tanpa guna passport, guna ID card ja. Sebab tu kawalan border tak ketat. Boleh masuk keluar macam tu. Tapi foreigner kenalah cop passport. 

Untuk masuk ke Nepal boleh buat on arrival visa harga 30usd. Kalau tak ramai orang memang OK ja buat visa on arrival, tapi time aku tu ada satu bas tourist dari Myanmar. Memang kena berebut la nak buat visa. Dahla immigration kecil, staff tak ramai. Maybe kalau visa on arrival di airport OK.

OK selesai masuk pon Nepal. 

Kami dah agak letih sebab travel dari malam tadi, berjaya masuk ke Nepal dah tengah hari. Then dari situ nak ke Pokhara pula. ABC terletak di Pokhara, jadi tak perlu ke Kathmandu, terus ke Pokhara. Ada beberapa bas ke Pokhara, semua gerak petang. Bas petang ke Pokhara, akan sampai Pokhara keesokan paginya. Ni bukan sleeper bus macam kami naik dari Delhi. Ni bas local ye. Bukan macam volvo bus. Yang ni memang aku rasa lama gile nak sampai. Disebabkan timing untuk sampai Pokhara pagi, memang banyak la bas ni berhenti, makan la, driver tidur la. Kalau direct tak berhenti maybe sekejap je sampai. Huhuhu. Yang ni memang aku rasa agak hazab. Kerusi keras, sejuk Yarabbi sebab angin gebush gebush dari luar. Tambah pulak kami dah 2 hari travel naik bus. Next story, next post..daaaaaa

HIKING ANNAPURNA BASE CAMP - TERDETIKNYA PERASAAN NAK HIKING ANNAPURNA BASE CAMP (ABC)

Pada Feb 2020, tetiba timbulnya perasaan nak hike ABC. Selama ni aku memang tak pernah terfikir pon nak hike sampai ABC. Tak tahu la datang angin apa, aku rasa nak hiking ABC. Aku saja buat-buat tanya husband aku, 

"Jom kita panjat ABC" (aku tak berharap dia akan cakap YES sebab tetiba je aku ajak)

Tapi tanpa diduga, he answered " Okay, let's go"

Apa lagi, melompatlah aku kegirangan gitu.

Mid March 2020 aku ada group trip ke Pakistan. Jadi aku ada sedikit masa di India sebelum aku masuk ke Pakistan dari India. Masa yang ada ni aku nak gunakan untuk masuk Nepal dengan husband aku yang ada di India masa tu.

Bayangkan, aku plan hari dan aku ajak husband aku masuk Nepal untuk ke Annapurna Base Camp minggu depan. Aku tak ada sebarang preparation, apatah lagi training nak ke ABC. Aku dengar orang nak ke Nepal siap training berminggu-minggu. Tapi dengan hati aku yang kental suka main redah je ke mana-mana, kami tekad untuk pergi juga.  

Seriously, I knew nothing about Annapurna Base Camp. So, i started to google about the mountain and how to do self trekking. I did not plan to take any guide for the trek because i believed that people managed to do the trekking by their own. My reason to do self trekking definitely to save our budget. Hiring guide for the trek would cost a lot.

Oh, Annapurna ni terletak di Nepal dan antara gunung tertinggi di Nepal. Everest pon terletak di Nepal tapi di kawasan lain. Annapurna terletak di Pokhara, Nepal. Jadi, dalam masa yang sangat singkat aku study cara untuk masuk Nepal dari India dan cara untuk hiking di Annapurna. Aku bagitahu husband aku " Don't worry, let's go babe!" Confident kan aku, aku kalau bab-bab nak travel ni study memang laju. Hehe.

27 Feb 2020 - Aku bertolak dari Malaysia to Delhi, jumpa husband aku di Delhi dan kami terus bertolak ke border Nepal. Dari Delhi ke border Nepal tu bukan dekat ye, kalau naik flight memang la sekejap je. Kami pergi by road, naik bas malam sampai keesokan paginya. Okla next story next post ye. Daaaaaaa.....