Thursday 17 October 2019

ANDA TERASA BERBUNGA-BUNGA BILA JATUH CINTA DENGAN ORANG LUAR?


Post kali ni kita bercerita pula pasal "jatuh cinta dengan foreigner". Aku percaya mesti ada antara kita yang mungkin dah "terjatuh" cinta dengan foreigner semasa travel.

Kalau mengikut pengalaman aku, biasanya kalau travel ke negara luar, orang-orang di sana not as friendly as people in India/Kashmir/Pakistan. That’s why banyak orang Malaysia  teruja atau excited bila pergi ke Kashmir. Not only because of the place, but it’s also because of the people there. Kalau pergi sekali mesti nak pergi lagi. Betul tak? Mungkin ada aura di sana yang boleh menarik tourist untuk datang. Especially orang Malaysia.

Bila anda ke Kashmir, India mahupun ke Pakistan, orang di sana ada culture memuliakan tetamu. Tetamu akan dilayan bak raja dan permaisuri. Mana tak seronok kalau kena layan macam tu sekali. Mengikut kepada pengalaman aku juga, lelaki di sana “sweet talker”. Siapa yang dah pernah ke Kashmir, betul tak apa yang aku cakap ni? Muka lelaki di sana sangat matang, kalau kita nampak macam 30-an, percayalah umur dia mesti baru 21 tahun. Kalau anda rasa di Malaysia, tak pernah ada lelaki yang mengayat/mengorat, tapi bila ke sana anda akan rasa pelik kenapa ramai sangat lelaki yang "being nice to you". Biasanya ini berlaku antara tourist perempuan dan lelaki local.  Tapi sejauh manakah lelaki-lelaki ini serious dengan anda? Bawah ni antara tips untuk tahu si lelaki serious atau tidak dengan anda.

1) Perbezaan umur yang terlalu ketara

Bila berkawan dengan lelaki di sana, jangan lupa tanya umur. Ini soalan pertama yang patut tanya. Jangan bila dah bercinta baru tahu beza umur 20 tahun. Kadang-kadang lelaki di sana sengaja nak berkawan dengan perempuan yang lebih berumur sebab dia tahu mereka lebih stabil dari segi kewangan. Terpulang kepada niat masing-masing. Mungkin ada yang jujur dan mungkin ada yang tidak. Biasanya lelaki yang 30-an ke atas dah kahwin. Tinggal lelaki 20-an yang belum kahwin. Risau-risau kalau lelaki-lelaki ni sekadar nak mencari “sugar mummy”. Lelaki di sana maintenance tinggi. Sebab  tu la bergaya. Tengok je la style rambut.Tiap-tiap minggu pergi saloon. Kaki gym pon ramai.

2) Kewangan si lelaki

Periksa sama ada si dia ada kerja yang stabil atau tidak. Kalau nak tahu si lelaki hanya gunakan anda atau tidak, antara hint nya adalah adakah dia selalu cakap boleh tak tolong carikan kerja untuk dia di Malaysia. Ini tanda-tanda mungkin dia nak gunakan anda semata-mata untuk dapat kerja di Malaysia.

3) Siapa yang keluarkan duit

Kalau setiap kali keluar perempuan yang belanja/bayar agak tidak gentleman di situ. Please don’t spend money on him. If he likes you, let him spend the money.

4) Cepat sangat ajak kahwin

Baru 3 hari kenal, si lelaki dah mula “I love you, I want to marry with you”. Kalau rasa terlalu macam cerita Hindustan, mungkin ada yang tak kena. Orang sana terpengaruh dengan cerita Hindustan, dari segi percakapan tingkah laku sama macam cerita Hindustan.

“I can’t live without you” ni semua skrip cerita Hindustan je ni.

5) Cuba ajak dia ke Malaysia untuk jumpa family

Kalau dia serious dengan anda, cuba hint dia untuk datang ke Malaysia jumpa family. Biar dia uruskan sendiri proses untuk datang ke Malaysia, tak perlu susah-susah tolong.  Anda tunggu je dekat Malaysia. See his effort to come and meet you. Jangan si perempuan je asyik datang ke sana untuk jumpa dia.

6) Check status

Ni penting sebab tu kalau nak kahwin dengan foreigner kerajaan kita minta foreigner provide single status letter. Ini untuk memastikan si lelaki itu tidak pernah berkahwin. Oleh yang demikian, kalau nak kahwin dengan foreigner kahwinlah di Malaysia. Biar susah/renyah proses nak kahwin di Malaysia, tapi senang untuk masa hadapan. Kahwin di luar memang lebih senang tapi susah di masa hadapan. 

Berbalik kepada tadi, periksa si lelaki ni betul-betul bujang ke sebenarnya laki orang. Kes macam ni even dekat Malaysia pon berlaku. Jadi tak hairanlah kalau ada lelaki di sana yang tipu dia masih single.
[aku sendiri pon pernah jumpa kes macam ni]

7) Betul ke dia mengayat awak seorang je?

Kadang-kadang si lelaki hanya try his luck. Selain anda mungkin ada banyak lagi perempuan foreigner lain yang dia try dengan kata-kata manis dia. Cuba periksa kalau dia ada gunakan cara tackle yang sama tapi dengan orang lain juga. Kes macam ni banyak jadi dekat Instagram. Kalau kita post gambar pastu hashtag Kashmir, percayalah mesti berdozen lelaki Kashmir akan DM kita.


By the way,apa-apa pon bergantung kepada niat masing-masing sama ada dia jujur atau tidak. Aku bagi tips di atas mengikut pengalaman aku sendiri dan cerita-cerita yang berlaku di sana. Orang di sana especially lelaki banyak yang kahwin dengan foreigner. France, Germany, Korean, Japanese, Israel, Indonesian, Thai, Taiwanese, Malaysian, Russian dan macam-macam lagi negara yang berkahwin dengan orang di sana. Mostly lelaki local dan perempuan foreigner. Aku tak pernah lagi dengar perempuan Kashmir kahwin dengan orang luar.

Kes lelaki sengaja menggunakan perempuan untuk kepentingan sendiri. Perkara macam ni bukan sahaja boleh berlaku di sana. Di mana-mana pon boleh berlaku. Di Malaysia sendiri pon banyak. Cuma di sana aku banyak lihat kes macam ni , di mana local people menggunakan tourist untuk kepentingan sendiri. Tourist ni sanggup berbelanja untuk si lelaki. Setiap bulan hantar barang untuk lelaki di sana. Bawa si lelaki untuk travel sana sini. Benda ni dah jadi macam trend di sana. Normally, si perempuan mesti jauh lebih berumur dari si lelaki.

Of course, lelaki yang baik dan jujur pon banyak di sana. Cuma pesan dari aku berhati-hati je lah.  Sebelum aku jumpa “man who are meant to be in my life”, aku pon ada jumpa lelaki lain yang hanya mahu mengambil kesempatan. Kalau nak serious relationship dengan orang di sana, anda periksa dan kenallah dahulu. Jangan disebabkan si dia, duit dan masa pon terbang.

Apa-apa pon doa untuk yang terbaik! Semoga anda semua sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Wednesday 16 October 2019

PJJ - PERCINTAAN JARAK JAUH

PJJ? Pengajian jarak jauh? Oh, tidak. Dalam kes aku "Percintaan Jarak Jauh"

Sekarang aku di Malaysia dan si dia di Kashmir. Kenapa aku balik dulu? Sekarang ni Kashmir tengah curfew dan segala jenis komunikasi dihentikan. No phone & no internet. Jadi agak susah untuk kami berkomunikasi dengan family dan customer di Malaysia. So, we decided to return to Malaysia. Tapi masa tu passport husband aku tengah renew dan bila tiba-tiba curfew passport dia sangkut. Office tutup dan kami tak tahu apa status passport. No choice, dia kena tunggu sampai passport siap. So aku balik Malaysia dulu. 

Nasib baik landline phone sudah disambung balik. Aku boleh call husband aku everyday.  Cuma agak terhad nak bercakap sebab guna phone rumah. 2 hari lepas postpaid line dah disambung balik. Aku dah boleh call handphone dia. Mahal ke call India? Kalau call direct memang mahal. Tapi aku guna apps mobilevoip/voipstunt. Murah. Rate call India 0.015 Euro/seminit, lebih kurang 7sen seminit. 

Inilah kali pertama aku berjauhan dengan husband aku. Biasanya kami tak pernah berenggang. Kerja bersama, di rumah pon bersama. So, untuk aku agak susah sesuaikan diri tanpa husband. Susah sebenarnya"PJJ" ni.  Kadang-kadang termenung aku sorang-sorang terpikir apa la husband aku tengah buat sekarang. Kalau ada internet at least boleh buat video call, boleh hantar gambar. Internet tak dapat di sana, maknanya dah dekat sebulan aku tak tengok husband aku.

One good thing bila dah berjauhan dengan husband, kita akan lebih menghargai antara satu sama lain. Rasa bersyukurnya Allah bagi aku husband. Hargailah nikmat yang Allah bagi dan jangan sia-siakan. 

"Siapa tak sayang laki wey"



Tuesday 15 October 2019

THROWBACK - BERGADUH DENGAN POLIS & ARMY DI PAKISTAN

Aku nak throwback kenangan masa aku ke Pakistan 2 tahun lepas. Sebab dah nak pergi Pakistan 2 minggu lagi. Hihi. 

Masa tu aku dan travel partner aku, kami berdua backpacking ke Pakistan. Tak guna sebarang travel agency main redah je semua. Macam-macamla story sepanjang kami travel di sana selama 20 hari lebih. Memang seronok bila backpacking, macam-macam orang kita jumpa.

Antara story yang aku nak cerita ni masa aku travel dari Chitral ke Malakand, nak menuju ke Swat Valley. Kami guna shared taxi kereta sedan share dgn 2 org lagi org local. Semuanya okay on the way dan orang local tu pon friendly. Then ada kena lalu tunnel dan tunnel tu tutup sekejap masa tu jadi kena tunggu. Driver cakap kita boleh lalu, aku tak tau la mcm mana lepas tu ada kereta polis escort kami di depan. Maybe sebab polis tau kami foreigner. 
Kereta polis escort

Kereta polis escort beberapa km dan lepas tu polis datang untuk check. Surprisingly polis tu marah bila dapat tahu kami share kereta dengan orang local. Kejadian ni masa di Malakand. Polis marah driver dan orang local yang dlm kereta tu. Driver cakap mana dia tahu yang dia tak boleh bawa foreigner. Aku pon menyampuklah bagitau yang kenapa pula kami tak boleh share kereta dengan local people. Selama ni kami travel di Pakistan smua guna local transport. Aku pon tak paham. Tak semena mena kami kena keluar dari taxi tu dan sampai situ sajala walaupun destinasi tak sampai lagi. Kami kena naik kereta polis. Mana pula polis ni nak bawa kami. Polis bawa kami ke government guesthouse dan kena tunggu pula officer dia datang. Tung tang tung tang bincang dengan geng2 polis ni last last boleh kawan pula dengan derang ni. Mula-mula gaduh. 

Kesimpulannya, mungkin tak boleh shared taxi yang kereta sedan. Ntah aku pon tak sure. Polis ni bagi kami stay di guesthouse tu free dan siap bagi food lagi. Kami bagitau polis tu yang kami nak ke Swat esok. Aku dah check dengan polis tu okey ke kami ke Swat, boleh masuk ke sebab kami tak bawa any permission letter. Polis tu cakap okay ja boleh masuk. Kalau ada apa-apa boleh phone dia. Okay!

Keesokan harinya awal-awal lagi abam polis datang. Hari ni tak pakai uniform, dia pakai salwar khameez. Polis hantar kami dengan kereta polis ke station bus. Kami naik shared van untuk ke Swat. Ini kes kedua pula. Dah seronok-seronok nak ke Swat, ada checkpost kami kena tahan dengan army pula. Army tanya mana letter. Aku tak ingat apa letter yang dia minta. Aku cakap letter apa, kami dah check dgn polis tak perlu surat kebenaran. Army tu cakap turun sekarang, tak ada letter tak boleh masuk. Dia ambil beg kami dari atas van dilemparnya ke bawah. Dah beg kena bawa turun terpaksala kami turun. Aku tak puas hati memang aku argue dengan army tu. Dalam bahasa urdu ye. Aku call pegawai polis yang semalam dan biar army-police talk. Army tu tak setuju, dia cakap tak boleh juga. Army tu cakap kuasa army lebih kuat dari polis. Polis tak boleh buat apa-apa. Dia kata kalau nak masuk juga pergi buat surat dekat Peshawar. Mana sempat nak kena pergi Peshawar dan datang balik. Aku still nak argue juga. Tau macam mana cara army tu cakap? Air liur dia pon boleh kena muka aku. Macam army tengah bagi arahan utk kawad. Macam tu la. Aku dah stress. Kena tengking lagi. Aku pon dah tak ingat apa aku cakap dengan army tu tapi macam nak bergaduh juga la. Last-last aku ternangis. Army tu cakap dah-dah pergi masuk pondok army. Kami relax tenangkan fikiran dekat pondok tu. Army lain tanya lapar tak? Kami pon angguk je. Dapat set capati free. 
Dilemparnya beg kami di situ

Army belanja set capati/nan
Aku pon dah relax sikit terpaksa akur dengan arahan army. Army tadi yang tengking tu datang. Dia datang pegang kepala aku dan cakap you are like my sister. Orang sana kalau pegang atas kepala maksudnya macam bagi restu. Army tu cakap derang tak bagi kami masuk atas sebab safety. Okla.. Fine.. Then army tu tahan bas untuk hantar kami balik ke Rawalpindi. Btw sempat juga pakcik dan abg army dkt situ minta FB kami.

Ini yang berlaku 2 tahun lepas. Sekarang tak ada masalah untuk masuk ke Swat.

Sara Sajeeda

Hari ni aku tertengok drama Sara Sajeeda yang ditayangkan di TV3. Drama ni combine kisah di Malaysia dan di Pakistan. Episod hari ni Tiz Zaqiah bagitau kawan dan family dia yang dia suka seorang mamat Pakistan ni.

So apa first impression family dia bila dengar dia suka lelaki tu?

"Mamat jual carpet ke?"
Oh, sangat typical pemikiran orang kita.

Bila si Tiz Zaqiah @ Sara bagitau kawan dia si Fauziah Gous pon sama respon kawan dia. Mamat carpet ke? Macam mana nanti Pakistan dan Malaysia tu jauh, kalau ada masalah lepas kawin nanti macam mana, berebut anak ke apa ke.

Oh! Si Sara baru cakap yang dia rasa dia suka mamat Pakistan tu. Tapi kawan dia dah pikir jauh sampai ke berebut anak.

Inilah typical pemikiran sesetengah orang bila melibatkan percintaan dengan foreigner....

MIX MARRIAGE - MALAYSIAN & KASHMIRI




Bagus ke tidak kahwin dengan foreigner? Is it recommended or not?

Sebenarnya ia bergantung kepada masing-masing. Sejauh mana kita dapat menerima perbezaan antara kedua-dua negara.

Apa yang berbeza? Ada macam-macam yang berbeza. Dekat sini aku sebut beberapa perkara sahaja yang utama.

Language

Ini yang paling obvious berbeza iaitu bahasa dan culture. 
Macam dalam kes aku, husband aku orang Kashmir. Kalau aku balik sana memang aku tak faham apa yang orang sana cakap. Dan sama juga suami aku tak paham Bahasa Melayu bila dia balik Malaysia.  

Orang di Kashmir boleh berbahasa Hindi/Urdu, jadi kelebihan aku di sini aku reti dan faham bahasa Hindi. Biasanya aku akan guna bahasa hindi untuk berkomunikasi dengan orang sana. Oh, aku reti bahasa Hindi bukan sebab husband aku ajar. Aku dah memang reti dari dulu lagi even sebelum aku travel ke India. Ini semua pengaruh Bollywood. Aku ni kaki Bollywood dari kecil lagi, sedar tak sedar aku dah reti dan faham bahasa Hindi. Bahasa Kashmir berbeza dengan bahasa Hindi tapi somehow ada words yang sama. Jadi aku bolehlah faham sikit-sikit.

Aku biasa berkomunikasi dengan husband aku dalam English dan Hindi. Aku pon lupa nak ajar husband aku Bahasa Melayu. Selalu kena tegur dengan family aku di sini, kenapa aku tak ajar husband aku Bahasa Melayu. Aku pula akan jawab “ biarlah dia belajar sendiri”. Sekarang husband aku boleh faham sikit-sikit dan ada words yang dia faham sebab kami banyak handle tour group dari Malaysia. Diorang pula yang ajar husband aku Bahasa Melayu. Bini malas ajar.

Culture in Kashmir


Kebiasaan budaya di sana dan di India, menantu akan uruskan hal-hal rumah. Kebanyakan perempuan di sana adalah suri rumah dan banyak menghabiskan masa di dapur.  Kalau anak lelaki kahwin, dia akan bawa isteri untuk tinggal bersama keluarga. Jadi kalau ada anak perempuan dalam family, anak perempuan akan keluar tinggal bersama keluarga menantu. Jarang aku nampak orang sana yang tinggal berasingan dengan family. Parents, anak beranak, cucu semua duduk sekali. Jadi kalau sekali masak bayangkan masak untuk berapa orang. Kita di Malaysia kalau kahwin je mesti keluar tinggal asing. Berlainan dengan orang di sana, diorang seboleh bolehnya nak duduk sekali. Orang perempuan sana pon memang suka buat kerja rumah. Dari pagi sampai ke malam di dapur. Itulah pengorbanan penat lelah untuk family. 


Aku pon kena buat kerja rumah ke? Emmmmmm.... Emmmmmm... Panjang pulak emmm. Aku dan husband banyak bekerja di luar dan travel sana sini. Jarang ada di rumah. Jadi family husband aku paham. Mesti ada yang ingat aku kena uli tepung buat chapati di dapur bila kahwin dengan family India. Family mertua aku baik tak pernah suruh aku buat kerja dapur. Menantu malaskah aku ni? Malas sikit-sikit. Bukan malas tapi tak biasa kot. Malas la tu! 


Penempatan pula macam mana? Kalau di Malaysia aku duduk di rumah atas tanah. Tapi di Kashmir aku kena duduk atas air. Family husband aku memang turun temurun tinggal di houseboat di Dal Lake. Houseboat ni sama macam rumah, ada bilik, toilet dan dapur. Bezanya atas air. Houseboat diperbuat daripada sejenis kayu pine. Kayu pine yang buat houseboat memang kena kuat sebab berada dalam air berpuluh-puluh tahun. Dari darat untuk ke houseboat kami kena naik sampan. Kalau tak pandai kayuh sampan tak sampai lah ke darat. Jangan mengingau malam-malam sudah nanti terjun tasik pula.


Bila winter houseboat sangat sejuk. Sabar je la tahan sejuk sebab kami tak guna sebarang heater. Hanya guna kangri ataupon fire pot. Pagi-pagi ada part tasik yang beku dan akan cair balik bila matahari naik. Bila terbayang winter aku dah mula seriau. Tourist yang datang Kashmir sekejap pon dah merungut Kashmir terlalu sejuk. Bayangkanlah kalau kena duduk sepanjang winter di sana. Tapi tak apa, aku bersyukur dapat tinggal ci tempat cantik kurniaan Allah. 


Ada banyak lagi perbezaan culture di sana dan di sini. We do respect each other's culture. Bagi aku yang penting tolak ansur. Aku terima culture dia dan dia terima culture aku. 

Food

Oh bab makanan di Kashmir dan Malaysia. Of course aku pilih makanan di Malaysia! 
Kita orang Malaysia dah biasa makan macam-macam, variety of food. Tapi bila di sana tak banyak pilihan makanan. Kalau di Malaysia kita boleh makan Malay food, Chinese Food, Mamak, Thai, Korean, Japanese, Arab dan macam-macam lagi. Tapi di sana? Memang susah nak jumpa makanan-makanan ni. Kalau nak kena la masak sendiri. 

Aku tak cakap makanan di India tak sedap. Sedap memang sedap. Ada Biryani, Chicken/Mutton Curry, Masala, Butter Chicken dan macam-macam lagi. Tambah-tambah makanan di Kashmir lagi sedap. Cuma kalau makan hari-hari kita akan cepat bosan sebab base makanan ni memang curry. Aku ni kategori yang suka makan kedai Mamak masa di Malaysia, jadi penerimaan aku dengan makanan di sana still consider OKAY la. Ada juga orang Malaysia yang lansung tak boleh makan kari di sana.

Husband aku dan makanan Malaysia??? Semua dia telan. Apa sahaja yang aku makan dia boleh makan. Belacan, budu, ulam semua dia hentam. Dia suka makan ikan, jadi di sini dia sukalah bila hari-hari boleh makan ikan. Seafood pon dia boleh makan walaupun di Kashmir tak ada seafood. Normally orang Kashmir memang susah nak terima makanan luar ataupun makanan yang diorang tak biasa makan. Tapi husband aku ni special case, smua dia boleh makan. Alhamdulillah. Dia punya favourite food ialah pulut. Kalau ada pulut memang dia tak akan sentuh nasi. Kami orang Kedah memang suka makan pulut.

Setiap pagi orang Kashmir akan makan breakfast yang sangat simple. Salt tea dan roti. Salt tea adalah teh tradisional Kashmir. Teh ni memang masin. Daun Teh + milk + salt. Inilah resepinya. Daun teh tu kena rebus lama. Setiap kali aku pergi dapur mesti ada ja teh ni tengah direbus. Berjam-jam direbus.  Everyday setiap pagi  orang Kashmir tak akan skip minum teh ni. Lidah aku tak boleh terima teh masin ni. Roti Kashmir sedap kalau tengah-tengah panas. Roti ni tak buat sndiri, beli di kedai. Gambar roti ada di bawah. Makan roti ni dengan butter/jam/madu. 
Nampak macam sedap kan roti ni. Kalau pergi Kashmir jangan lupa try. Tapi minta yang panas-panas baru buat. Rangup!

Monday 14 October 2019

MALAYSIAN MARRIED WITH KASHMIRI; WEDDING IN MALAYSIA VS WEDDING IN KASHMIR


WEDDING IN MALAYSIA

WEDDING IN KASHMIR; DILWALE DULHANIA LE JAYENGGE
Resepsi di Malaysia pada Jan 2018 dan resepsi di Kashmir pada Apr 2018. Reception di Malaysia aku dan family uruskan sendiri,Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ini adalah antara gambar-gambar semasa majlis perkahwinan.



Wedding di Kashmir kami buat agak tergesa-gesa sebab kesuntukan masa. Aku dan husband pon agak busy sebelum tu sebab kami kena handle beberapa group yang datang ke Kashmir. Jadi kami serahkan family husband aku untuk uruskan semuanya. Cuma baju pengantin sahaja yang kami uruskan.

Wedding di Kashmir agak berbeza dengan  wedding di Malaysia.

Henna Night/ Mehndi Raat

Pada malam sebelum hari resepsi akan berlansung henna night. Para tetamu dihidangkan dengan makanan sebelum bermulanya acara. Acara akan bermula agak lewat lebih kurang pukul 10 malam setelah tetamu selesai makan malam. Pemain muzik dan penyanyi diiringi penari lelaki menghiburkan para tetamu dengan dendangan lagu Kashmir. Walaupun dipanggil henna/mehndi night, sebenarnya tiada acara pemakaian henna. Setelah pengantin datang, kedua-dua pengantin akan diarak masuk ke dalam dewan diiringi keluarga Kashmir sambil mereka menyanyi lagu Kashmiri. Lepas dah masuk dewan, pengantin akan potong kek dan tetamu serta para keluarga akan datang one by one untuk suap kek kepada pengantin. Itulah ceritanya henna night. Henna night ni akan berlansung sepanjang malam sampai ke pagi. Tetamu akan stay di situ, pagi baru balik

Reception day

PENGANTIN MENAIKI SHIKARA 


  

Kami mengadakan wedding reception di Dal lake. Apa yang best kalau kenduri kahwin di Kashmir? Aku rasa makan kot yang best. Cara hidangan makanan di sana masih berkonsepkan secara tradisi iaitu makan berdulang di bawah dan makanan akan dihidangkan satu per satu. Setiap 5 minit akan datang lauk baru. Rasanya ada dekat 7 lauk dihidangkan.  Lauk utama apa lagi kalau bukan mutton. Memang makan sampai kenyang, kalau tak kenyang boleh bawa balik. Ada plastik disediakan untuk bawa balik.

KASHMIRI WAZWAN
Makanan cuma akan dihidangkan setelah pengantin sampai dan selesai  acara salam dengan pengantin. Tetamu yang datang akan salam dengan pengantin dan bagi hadiah/duit. Ada seorang bendahari duduk sebelah pengantin untuk catat apa hadiah atau jumlah duit yang diberi tetamu. Adat orang sana, kalau tetamu bagi hadiah sekian sekian jumlah, nanti bila tetamu tu ada perkahwinan kita kena bagi hadiah lebih dari padayang tetamu tu bagi.

Masa wedding aku dan husband, kami ada bersama semasa resepsi sebab aku orang luar/foreigner. Normally kalau resepsi kedua-dua pengantin orang Kashmir, resepsi di rumah pengantin lelaki diadakan pada hari yang sama dengan resepsi di rumah pengantin perempuan. Pegantin lelaki dan perempuan akan berada di resepsi rumah masing-masing. 

Setelah resepsi di rumah pengantin lelaki selesai, biasanya pada waktu malam barulah rombongan pengantin lelaki akan datang ke rumah pengantin perempuan untuk bawa pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki. Penat kan??

Orang Kashmir sangat sukakan majlis perkahwinan. Inilah masa untuk mereka berhibur dan berhias.

ROMBONGAN DARI MALAYSIA
WITH THE KASHMIRI & RUSSIAN FRIEND

PROCEDURE MARRYING WITH INDIAN CITIZEN (KASHMIRI) IN MALAYSIA


Aku dah melalui prosedur untuk berkahwin dengan warga luar di Malaysia. Disebabkan kekurangan info, aku memang stress masa tu. Husband datang jauh-jauh untuk buat proses ni tapi bila ada document yang tak cukup dia terpaksa balik India dan datang sini to complete the process. Therefore, aku nak share secara ringkas apa proses yang perlu dibuat.  

STEP NO. 1) GET SINGLE STATUS LETTER

Document pertama yang kena ready ialah Single Status Letter dari si bakal suami. Tujuan single status letter ini untuk memastikan si bakal suami adalah bujang dan belum pernah berkahwin. Single status letter requirement adalah seperti di bawah:

For single status, applicant must submit to submit single status certificate/bachelorhood certificate issued by  Tehsildar/Marriage Officer/District Magistrate/Village Officer/Block Officer or equivalent Officer (of applicants residential area in India) stating that applicant is unmarried/not re-married after divorce. Please note that Certificate of Bachelorhood/ Single-Status can be issued by the area Sub-Divisional Magistrate (SDM) or District Magistrate or Court authorities (The area is to be determined as per the address mentioned in the applicant's passport). This certificate is required to be counter-attested by the Home Department of the State concerned.  Thereafter it should be submitted for attestation by Ministry of External Affairs Branch Secretariat at Chennai, Guwahati, Kolkata, Hyderabad or RPOs in Bangalore, Chandigarh, Goa, Mumbai and Trivandrum depending upon the area of your permanent residence in India or from Attestation Section/Apostille Cell, Ministry of External Affairs, New Delhi

(diambil dari website High Commision of India, Kuala Lumpur)

Ini yang paling susah nak dapat. Husband aku ambil masa berbulan untuk dapat cop/stamp dari setiap department yg disebut di atas.

STEP NO. 2) GO TO BLS INTERNATIONAL

Setelah dapat Single Status Letter yg dah attest, sila pergi ke BLS INTERNATIONAL yang terletak berhampiran ChowKit untuk attest Single Status letter. 

Required document :
  1. Dully filled EAP 2 Form (sila download dari website)
  2. Unmarried certificate (single status letter) from Tahsildar or Executive Magistrate should be attested by Ministry of External Affairs and from the state authorities from where the certificate is been issued. If the certificate issue from Jammat then it should be attested from tahsildar prior to state and MEA authorities.
  3. 1 Photograph of the applicant
  4. 1 passport copy ( First Page , Last Page & Valid Visa Page )
  5. IC copy of Malaysian wife/husband to be
  6. Original passport of applicant
  7. If Malaysian national getting married in India: Notary required on single status form and attested by Ministry of Foreign Affairs

STEP NO. 3) GO TO MINISTRY OF FOREIGN AFFAIRS OF MALAYSIA IN PUTRAJAYA

Bawa single status letter yang dah dapat attestment dari BLS untuk dapat endorsement dari Ministry of Foreign Affairs (Wisma Putra). Dokumen lain yang diperlukan sila check di website.

STEP NO. 4) GO TO JABATAN IMIGRESEN MALAYSA

Sila pergi ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk dapat Surat Pengesahan Pas bagi tujuan perkahwinan. Dokumen lain yang diperlukan sila check di website.

STEP NO. 5) GO TO PEJABAT AGAMA

Last step, sila pergi ke Pejabat Agama. Untuk apa? Untuk minta kebenaran menikah la..

Senaraikan dokumen yang diperlukan untuk warga negara luar
1) Passport yang masih sah
2) Visa yang masih sah
3) Surat Pengesahan Pas dari Jabatan Imigresen
4) Single status letter pemohon dan tiada halangan berkahwin dari kedutaan negara pemohon dan disahkan oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra)
5) Pengesahan Ujian Saringan HIV dari klinik kesihatan kerajaan

Dokumen untuk warganegara sama seperti prosedur biasa. Boleh check di pejabat agama.  Bila dah dapat kebenaran kahwin dari pejabat agama, bolehlah lansungkan pernikahan. Masa aku menikah dulu kami menikah di Pejabat Agama dan guna English sebab husband aku tak reti bahasa melayu. 

Nikah day

MARRYING FOREIGNER, WHAT’S MY FAMILY FIRST IMPRESSION?



Rasa-rasa apa first impression dan expression family apabila pertama kali kita bagitau kita nak kahwin dengan foreigner? 

“Foreigner? Orang mana?” Mungkin ini soalan pertama.

Kita pon jawab  “Emm…orang India”.

“Hah!!? Orang India????”

Kalau nak kahwin dengan foreigner, mungkin ada family yang boleh terima dan ada juga family yang tak boleh terima. Family yang sudah terdedah dengan perkahwinan campur, mungkin boleh terima. Rata-rata orang di Malaysia pon dah banyak yang berkahwin dengan orang luar. Tapi sejauh mana keluarga kita dapat menerima orang luar sebagai menantu?

Kalau aku cakap aku tak ada masalah dalam penerimaan keluarga untuk kahwin dengan orang luar, tipulah tu. Walaupun ada ahli keluarga aku yang terima, ada juga yang tidak setuju. Jadi macam mana kita nak dapat persetujuan semua ahli keluarga?

Basically punca family tak setuju sebab family risaukan kita. Sebab family tak tahu siapa calon pilihan kita? Macam mana kalau si lelaki tu saja nak gunakan kita atau mungkin dia bukanlah lelaki yang jujur. Oleh yang demikian, langkah pertama yang wajib buat kena bawa si lelaki tu datang jumpa keluarga. Kalau si lelaki tu betul-betul serius dengan kita, sejauh mana kita berada, sekali kita panggil dia akan terus datang. Kalau nak tahu lelaki tu jujur ke tidak cubalah ajak datang rumah jumpa mak bapak.

Alhamdulillah Mr J terus datang bila aku suruh dia datang jumpa family. Bila dah jumpa dan kenal, baru sedikit demi sedikit family dapat terima dan akhirnya semua dah okay. Mission accomplished!

Bagaimana pula family di Kashmir? Dapatkah mereka terima aku? Budaya kahwin dengan orang luar biasanya dapat diterima orang Kashmir sebab dah ramai orang Kashmir yang kahwin orang luar. Jadi ini bukan perkara baru bagi orang di sana.



MALAYSIAN MARRIED WITH KASHMIRI, FROM BUSINESS PARTNER TO LIFE PARTNER


Pejam celik, pejam celik  dah dekat 2 tahun aku aku kahwin. Kalau dulu masa aku tulis blog ni aku masih single mingle, tapi sekarang ni aku dah jadi isteri kepada seorang Kashmiri. Biasanya orang akan tanya macam mana aku boleh sesat ada di Kashmir dan jadi bini orang Kashmir. Itu lah jodoh namanya.  

06 Jan 2018 adalah tarikh bersejarah aku telah diijabkabulkan dengan suamiku Ttercinta.
Siapa  yang dah biasa baca blog aku mesti tahu yang aku ni suka pergi ke India. Aku mula pergi ke India pada tahun 2015 dan selepas tu aku buat freelance travel planner bawa group dari Malaysia ke India. Aku mula kenal suami aku Mr J masa tahun 2016. Masa tu memang kenal secara tidak sengaja. May 2016 aku ada bawa group Malaysia ke Ladakh. Kami sampai di Srinagar by flight dan akan ke Ladakh by road. Transport yang aku dah sewa datang dari Ladakh dan kena ambil kami dari Srinagar airport. Tapi kereta selain dari kereta Srinagar tak boleh masuk airport. Jadi agent aku dari Ladakh minta tolong husband aku Mr J arrange kereta untuk pick up kami dari airport. 

Titik permulaannya aku jumpa Mr J di gate Dal Lake. Ok fine, dia kenalkan diri dan bagi business card dia. Tamat di situ perjumpaan aku dengan Mr J. Tiada sebarang intention untuk berkenalan. Tiada seberang pertukaran nombor phone. Nama dia pon aku tak ingat. 

Sehinggalah Aug 2016 masa tu aku ada group ke Ladakh dan aku perlukan transport dari Srinagar ke Ladakh. Kebetulan aku dah tak berapa ngam dgn agent aku di Ladakh, jadi aku kena cari agent baru untuk arrange kereta untuk group aku. Jadi aku pon belek-belek balik business card yang aku ada untuk cari agent di Kashmir. Masa tu aku terpikirkan Mr J yang aku jumpa 3 bulan lepas di Dal Lake. Hati aku memang terdetik rasa yang Mr J ni baik. Walaupun aku pernah cakap dengan dia 5 minit je kot, tapi somehow dari cara percakapan dia I had a strong feeling that he is a nice man. Nasib baik aku simpan lagi biz card dia! Alamak apa nama dia, dalam biz card  tu ada 3 nombor phone. Yang mana satu aku nak try ni, nama dia pon aku tak ingat! Aku main try je mana-mana no phone. Yes! I got the right person.

So, aku pilih untuk ambil transport dari dia. Aug 2016 titik pertemuan kedua aku dan Mr J. I started to do travel business with him. We did not have any feeling towards each other. Only business matter, that’s all. Somehow, satu benda yang aku perasaan dengan Mr J ni ialah dia tak flirt dengan aku. Kebiasaanya orang lelaki di sana (Kashmir) suka flirt atau mengayat. Kalau tak banyak sikit mesti ada. Mungkin Mr J tak berminat dengan aku.

Sehinggalah Mar 2017 aku ada group ke Kashmir, jadi aku pilih untuk ambil full package dari Mr J. Biasanya aku arrange sendiri package tapi kali ni I had a feeling let’s give a try with his package. At first it was normal. He assisted our group during the trip and suddenly something like spark happened between us. I didn’t know how it happened, but during the trip we started to have feeling toward each other. But I said to him "please give me some time to think about it". I went back to Malaysia and came again in April 2017 and unexpectedly he gave me ring during that time. OMG! I still remember under Chinar tree at Shalimar Garder, he gave me the ring. Aku memang tak sangka. Everything went so fast. And guess what?? I accepted his ring! We started our relationship in April 2017. 

Alhamdulillah in Jan 2018 we officially become husband and wife.

Nampak tak kalau dah jodoh, insyaAllah semuanya akan berlaku dengan cepat je. Tu pon sebenarnya aku nak kahwin lagi awal tapi prosedur perkahwinan dengan foreigner ni agak rumit. Sebab tu ambil masa untuk uruskan document. Hampir give up jugak la. Mr J terpaksa ulang alik datang Malaysia untuk submit document. Kalau aku rajin aku tulis post mengenai procedure marrying a foreigner (Indian).  Procedure perkahwinan berbeza-beza mengikut kewarganegaraan.

By the way, Alhamdulillah rezeki aku bertemu jodoh akhirnya. Mungkin hikmah aku banyak travel ke India sebab Allah nak temukan aku dengan jodoh aku di sana. Siapa sahaja di luar sana yang masih mencari jodoh jangan putus asa, banyakkan berdoa untuk dipertemukan jodoh. Kita tak tahu jodoh kita di mana. Mungkin dekat mungkin jauh. Kita berserah kepada Allah.
MR & MRS J


OMG.. AFTER 3 YEARS..

Macam tak percaya, aku buka balik blog aku selepas 3 tahun. Aku terasa nak menulis balik selepas berkurun aku tak tulis blog. Macam2 dah berlaku dalam masa 3 tahun dan aku melalui beberapa fasa. Daripada single dan available kepada bini org dan of course not available. Daripada slim dan berubah jadi double size sekarang ni.

Takpe2 sekiranya berkesempatan dan selagi aku ada mood aku cerita ye..

To be continued....