Post kali ni kita bercerita pula pasal "jatuh cinta dengan foreigner". Aku percaya mesti ada antara kita yang mungkin dah "terjatuh" cinta dengan foreigner semasa travel.
Kalau mengikut pengalaman aku, biasanya kalau travel ke negara
luar, orang-orang di sana not as friendly as people in India/Kashmir/Pakistan.
That’s why banyak orang Malaysia teruja atau excited bila pergi ke Kashmir. Not only
because of the place, but it’s also because of the people there. Kalau pergi
sekali mesti nak pergi lagi. Betul tak? Mungkin ada aura di sana yang boleh menarik tourist untuk datang. Especially orang Malaysia.
Bila anda ke Kashmir, India mahupun ke Pakistan, orang di
sana ada culture memuliakan tetamu. Tetamu akan dilayan bak raja dan
permaisuri. Mana tak seronok kalau kena layan macam tu sekali. Mengikut kepada
pengalaman aku juga, lelaki di sana “sweet talker”. Siapa yang dah pernah ke
Kashmir, betul tak apa yang aku cakap ni? Muka lelaki di sana sangat matang, kalau
kita nampak macam 30-an, percayalah umur dia mesti baru 21 tahun. Kalau anda rasa di Malaysia, tak pernah ada lelaki yang
mengayat/mengorat, tapi bila ke sana anda akan rasa pelik kenapa ramai sangat
lelaki yang "being nice to you". Biasanya ini berlaku antara tourist perempuan
dan lelaki local. Tapi sejauh manakah
lelaki-lelaki ini serious dengan anda? Bawah ni antara tips untuk tahu si lelaki serious atau tidak dengan anda.
1) Perbezaan umur yang terlalu ketara
Bila berkawan dengan lelaki di sana, jangan
lupa tanya umur. Ini soalan pertama yang patut tanya. Jangan bila dah bercinta
baru tahu beza umur 20 tahun. Kadang-kadang lelaki di sana sengaja nak berkawan
dengan perempuan yang lebih berumur sebab dia tahu mereka lebih stabil dari
segi kewangan. Terpulang kepada niat masing-masing. Mungkin ada yang jujur dan
mungkin ada yang tidak. Biasanya lelaki yang 30-an ke atas dah kahwin. Tinggal
lelaki 20-an yang belum kahwin. Risau-risau kalau lelaki-lelaki ni sekadar nak
mencari “sugar mummy”. Lelaki di sana maintenance tinggi. Sebab tu la bergaya. Tengok je la style rambut.Tiap-tiap
minggu pergi saloon. Kaki gym pon ramai.
2) Kewangan si lelaki
Periksa sama ada si dia ada kerja yang
stabil atau tidak. Kalau nak tahu si lelaki hanya gunakan anda atau tidak,
antara hint nya adalah adakah dia selalu cakap boleh tak tolong carikan kerja untuk dia di Malaysia. Ini tanda-tanda mungkin dia nak gunakan anda semata-mata
untuk dapat kerja di Malaysia.
3) Siapa yang keluarkan duit
Kalau setiap kali keluar perempuan yang belanja/bayar agak tidak gentleman di situ. Please don’t spend money on him. If he
likes you, let him spend the money.
4) Cepat sangat ajak kahwin
Baru 3 hari kenal, si lelaki dah mula “I love
you, I want to marry with you”. Kalau rasa terlalu macam cerita Hindustan, mungkin ada yang tak kena. Orang sana terpengaruh dengan cerita Hindustan, dari
segi percakapan tingkah laku sama macam cerita Hindustan.
“I can’t live without you” ni semua skrip
cerita Hindustan je ni.
5) Cuba ajak dia ke Malaysia untuk jumpa family
Kalau dia serious dengan anda, cuba hint
dia untuk datang ke Malaysia jumpa family. Biar dia uruskan sendiri proses
untuk datang ke Malaysia, tak perlu susah-susah tolong. Anda tunggu je dekat Malaysia. See his effort
to come and meet you. Jangan si perempuan je asyik datang ke sana untuk jumpa dia.
6) Check status
Ni penting sebab tu kalau nak kahwin dengan
foreigner kerajaan kita minta foreigner provide single status letter. Ini untuk
memastikan si lelaki itu tidak pernah berkahwin. Oleh yang demikian, kalau nak
kahwin dengan foreigner kahwinlah di Malaysia. Biar susah/renyah proses nak
kahwin di Malaysia, tapi senang untuk masa hadapan. Kahwin di luar memang lebih
senang tapi susah di masa hadapan.
Berbalik kepada tadi, periksa si lelaki ni
betul-betul bujang ke sebenarnya laki orang. Kes macam ni even dekat Malaysia
pon berlaku. Jadi tak hairanlah kalau ada lelaki di sana yang tipu dia masih
single.
[aku sendiri pon pernah jumpa kes macam ni]
7) Betul ke dia mengayat awak seorang je?
Kadang-kadang si lelaki hanya try his luck.
Selain anda mungkin ada banyak lagi perempuan foreigner lain yang dia try
dengan kata-kata manis dia. Cuba periksa kalau dia ada gunakan cara tackle yang
sama tapi dengan orang lain juga. Kes macam ni banyak jadi dekat Instagram. Kalau
kita post gambar pastu hashtag Kashmir, percayalah mesti berdozen lelaki Kashmir
akan DM kita.
By the way,apa-apa pon bergantung
kepada niat masing-masing sama ada dia jujur atau tidak. Aku bagi tips di atas
mengikut pengalaman aku sendiri dan cerita-cerita yang berlaku di sana. Orang di
sana especially lelaki banyak yang kahwin dengan foreigner. France, Germany, Korean,
Japanese, Israel, Indonesian, Thai, Taiwanese, Malaysian, Russian dan
macam-macam lagi negara yang berkahwin dengan orang di sana. Mostly lelaki
local dan perempuan foreigner. Aku tak pernah lagi dengar perempuan Kashmir
kahwin dengan orang luar.
Kes lelaki sengaja menggunakan perempuan untuk kepentingan
sendiri. Perkara macam ni bukan sahaja boleh berlaku di sana. Di mana-mana pon
boleh berlaku. Di Malaysia sendiri pon banyak. Cuma di sana aku banyak lihat kes macam ni , di mana local
people menggunakan tourist untuk kepentingan sendiri. Tourist ni sanggup
berbelanja untuk si lelaki. Setiap bulan hantar barang untuk lelaki di sana.
Bawa si lelaki untuk travel sana sini. Benda ni dah jadi macam trend di sana. Normally, si
perempuan mesti jauh lebih berumur dari si lelaki.
Of course, lelaki yang baik dan jujur pon banyak di sana. Cuma pesan dari aku berhati-hati je lah. Sebelum aku jumpa “man
who are meant to be in my life”, aku pon ada jumpa lelaki lain yang hanya mahu
mengambil kesempatan. Kalau nak serious relationship dengan orang di sana, anda
periksa dan kenallah dahulu. Jangan disebabkan si dia, duit dan masa pon terbang.
Apa-apa pon doa untuk yang terbaik! Semoga anda semua
sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.