Sunday 19 July 2020

HIKING ANNAPURNA BASE CAMP - Persiapan ke ABC trekking

01 March - Alhamdulillah, akhirnya sampai juga Pokhara. Sampai dalam pukul 5 pagi. Terus check in hostel di Pokhara. Nasib baik dapat check in awal-awal pagi. Apa lagi, lompat katil, sambung tidur!

Pokhara, Pokhara, Pokhara...

Aku tak expect Nepal ni best. Aku bayangkan Nepal ni macam ala-ala India.
Unexpectedly, Nepal cantik dan bersih! Aku suka Nepal! Tambah-tambah Pokhara yang sememangnya lagi best dari Kathmandu. Rasa tenang je dekat Pokhara. Memang terbaik kalau nak trip leisure di sini.  Oh hari ni, kami kena selesaikan permit untuk ke ABC. Lepas tu jalan-jalan di town Pokhara yang peaceful.

Apa yang perlu buat untuk ke ABC?

1) Ambil insurance yang cover mountaineering

2) Dapatkan Annapurna trekking permit di Tourist Centre. 
    Harga untuk foreigner; ACAP:2000 NPR | TIMS Permit : 2000 NPR 

3) Isi application form  [ sediakan 4 keping gambar ]


Pilih laluan trekking

Annapurna trekking ada banyak route, seperti Annapurna Base Camp, Annapurna Circut, dan lain-lain lagi. Kami decide untuk ambil Annapurna Base Camp route. Tempoh trekking 7 hari 6 malam. Untuk trek yang lebih pendek boleh pergi ke Poon Hill, daytrip atau 2H1M. Sebenarnya ada banyak laluan boleh pilih, kena check di map.

Perlu guide atau tidak?

Ada orang yang trekking dengan guide dan ada yang tanpa guide. Kalau kurang confident dan dalam group yang ramai, better ambil guide. Kami hanya berdua dan kami rasa tak perlu untuk ambil guide, so that's what we have decided.

Sekiranya taknak ambil guide, kena betul-betul study mana route yang nak ambil dan mana check point untuk stop bermalam. Penting juga untuk sentiasa tanya orang sekeliling (local people) arah mana tempat yang nak pergi. Tidak semua tempat ada signboard. Jadi perlu sentiasa alert.

Siapa yang tak biasa trekking di kawasan salji, rasanya better guna guide. Kalau pergi masa time ada salji, banyak benda kena extra aware macam avalance/ salji runtuh dan lain-lain. 

Apa yang nak bawa pergi trekking?

Kalau tanya aku, mestilah tak payah bawa apa-apa. Kalau boleh aku taknak bawa apa-apa, nak melenggang je berjalan. Menyesal pula bawa macam-macam tak larat nak angkut. ABC trek ni ada guesthouse dan kedai-kedai sepanjang jalan. Kalau nak senang, bawa ja duit. Lapar makan je dekat kedai-kedai sepanjang perjalanan. Cuma harga makanan 3X ganda la. Ingat senang derang nak buat kedai atas gunung, derang pon kena jalan kaki angkut makanan. Sebab tu la makanan mahal.

- Baju persalinanan (seboleh-bolehnya bawa sikit je, lagi senang pakai je baju yang sama sampai habis trekking)

- Chocolate & protein bar

- Water purification tablet ( letak tablet ni dalam air paip, so boleh minum) 

- Any mint/ menthol candy (eclipse)

- Hiking pole (penting kalau ada salji)

- Crampons / Shoes spike anti slip (kalau trekking masa ada salji)

- Winter jackets, gloves (klau trekking masa musim sejuk)

- Lain-lain benda basic kalau pergi hiking

- Kalau rajin dan nak save duit bawa la makanan


Ok sambung next post pula...


Subcribe my youtube channel : intans999






No comments:

Post a Comment