Thursday 17 October 2019

ANDA TERASA BERBUNGA-BUNGA BILA JATUH CINTA DENGAN ORANG LUAR?


Post kali ni kita bercerita pula pasal "jatuh cinta dengan foreigner". Aku percaya mesti ada antara kita yang mungkin dah "terjatuh" cinta dengan foreigner semasa travel.

Kalau mengikut pengalaman aku, biasanya kalau travel ke negara luar, orang-orang di sana not as friendly as people in India/Kashmir/Pakistan. That’s why banyak orang Malaysia  teruja atau excited bila pergi ke Kashmir. Not only because of the place, but it’s also because of the people there. Kalau pergi sekali mesti nak pergi lagi. Betul tak? Mungkin ada aura di sana yang boleh menarik tourist untuk datang. Especially orang Malaysia.

Bila anda ke Kashmir, India mahupun ke Pakistan, orang di sana ada culture memuliakan tetamu. Tetamu akan dilayan bak raja dan permaisuri. Mana tak seronok kalau kena layan macam tu sekali. Mengikut kepada pengalaman aku juga, lelaki di sana “sweet talker”. Siapa yang dah pernah ke Kashmir, betul tak apa yang aku cakap ni? Muka lelaki di sana sangat matang, kalau kita nampak macam 30-an, percayalah umur dia mesti baru 21 tahun. Kalau anda rasa di Malaysia, tak pernah ada lelaki yang mengayat/mengorat, tapi bila ke sana anda akan rasa pelik kenapa ramai sangat lelaki yang "being nice to you". Biasanya ini berlaku antara tourist perempuan dan lelaki local.  Tapi sejauh manakah lelaki-lelaki ini serious dengan anda? Bawah ni antara tips untuk tahu si lelaki serious atau tidak dengan anda.

1) Perbezaan umur yang terlalu ketara

Bila berkawan dengan lelaki di sana, jangan lupa tanya umur. Ini soalan pertama yang patut tanya. Jangan bila dah bercinta baru tahu beza umur 20 tahun. Kadang-kadang lelaki di sana sengaja nak berkawan dengan perempuan yang lebih berumur sebab dia tahu mereka lebih stabil dari segi kewangan. Terpulang kepada niat masing-masing. Mungkin ada yang jujur dan mungkin ada yang tidak. Biasanya lelaki yang 30-an ke atas dah kahwin. Tinggal lelaki 20-an yang belum kahwin. Risau-risau kalau lelaki-lelaki ni sekadar nak mencari “sugar mummy”. Lelaki di sana maintenance tinggi. Sebab  tu la bergaya. Tengok je la style rambut.Tiap-tiap minggu pergi saloon. Kaki gym pon ramai.

2) Kewangan si lelaki

Periksa sama ada si dia ada kerja yang stabil atau tidak. Kalau nak tahu si lelaki hanya gunakan anda atau tidak, antara hint nya adalah adakah dia selalu cakap boleh tak tolong carikan kerja untuk dia di Malaysia. Ini tanda-tanda mungkin dia nak gunakan anda semata-mata untuk dapat kerja di Malaysia.

3) Siapa yang keluarkan duit

Kalau setiap kali keluar perempuan yang belanja/bayar agak tidak gentleman di situ. Please don’t spend money on him. If he likes you, let him spend the money.

4) Cepat sangat ajak kahwin

Baru 3 hari kenal, si lelaki dah mula “I love you, I want to marry with you”. Kalau rasa terlalu macam cerita Hindustan, mungkin ada yang tak kena. Orang sana terpengaruh dengan cerita Hindustan, dari segi percakapan tingkah laku sama macam cerita Hindustan.

“I can’t live without you” ni semua skrip cerita Hindustan je ni.

5) Cuba ajak dia ke Malaysia untuk jumpa family

Kalau dia serious dengan anda, cuba hint dia untuk datang ke Malaysia jumpa family. Biar dia uruskan sendiri proses untuk datang ke Malaysia, tak perlu susah-susah tolong.  Anda tunggu je dekat Malaysia. See his effort to come and meet you. Jangan si perempuan je asyik datang ke sana untuk jumpa dia.

6) Check status

Ni penting sebab tu kalau nak kahwin dengan foreigner kerajaan kita minta foreigner provide single status letter. Ini untuk memastikan si lelaki itu tidak pernah berkahwin. Oleh yang demikian, kalau nak kahwin dengan foreigner kahwinlah di Malaysia. Biar susah/renyah proses nak kahwin di Malaysia, tapi senang untuk masa hadapan. Kahwin di luar memang lebih senang tapi susah di masa hadapan. 

Berbalik kepada tadi, periksa si lelaki ni betul-betul bujang ke sebenarnya laki orang. Kes macam ni even dekat Malaysia pon berlaku. Jadi tak hairanlah kalau ada lelaki di sana yang tipu dia masih single.
[aku sendiri pon pernah jumpa kes macam ni]

7) Betul ke dia mengayat awak seorang je?

Kadang-kadang si lelaki hanya try his luck. Selain anda mungkin ada banyak lagi perempuan foreigner lain yang dia try dengan kata-kata manis dia. Cuba periksa kalau dia ada gunakan cara tackle yang sama tapi dengan orang lain juga. Kes macam ni banyak jadi dekat Instagram. Kalau kita post gambar pastu hashtag Kashmir, percayalah mesti berdozen lelaki Kashmir akan DM kita.


By the way,apa-apa pon bergantung kepada niat masing-masing sama ada dia jujur atau tidak. Aku bagi tips di atas mengikut pengalaman aku sendiri dan cerita-cerita yang berlaku di sana. Orang di sana especially lelaki banyak yang kahwin dengan foreigner. France, Germany, Korean, Japanese, Israel, Indonesian, Thai, Taiwanese, Malaysian, Russian dan macam-macam lagi negara yang berkahwin dengan orang di sana. Mostly lelaki local dan perempuan foreigner. Aku tak pernah lagi dengar perempuan Kashmir kahwin dengan orang luar.

Kes lelaki sengaja menggunakan perempuan untuk kepentingan sendiri. Perkara macam ni bukan sahaja boleh berlaku di sana. Di mana-mana pon boleh berlaku. Di Malaysia sendiri pon banyak. Cuma di sana aku banyak lihat kes macam ni , di mana local people menggunakan tourist untuk kepentingan sendiri. Tourist ni sanggup berbelanja untuk si lelaki. Setiap bulan hantar barang untuk lelaki di sana. Bawa si lelaki untuk travel sana sini. Benda ni dah jadi macam trend di sana. Normally, si perempuan mesti jauh lebih berumur dari si lelaki.

Of course, lelaki yang baik dan jujur pon banyak di sana. Cuma pesan dari aku berhati-hati je lah.  Sebelum aku jumpa “man who are meant to be in my life”, aku pon ada jumpa lelaki lain yang hanya mahu mengambil kesempatan. Kalau nak serious relationship dengan orang di sana, anda periksa dan kenallah dahulu. Jangan disebabkan si dia, duit dan masa pon terbang.

Apa-apa pon doa untuk yang terbaik! Semoga anda semua sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment