Pejam celik, pejam celik
dah dekat 2 tahun aku aku kahwin. Kalau dulu masa aku tulis blog ni aku
masih single mingle, tapi sekarang ni aku dah jadi isteri kepada seorang
Kashmiri. Biasanya orang akan tanya macam mana aku boleh sesat ada di
Kashmir dan jadi bini orang Kashmir. Itu lah jodoh namanya.
06 Jan 2018 adalah tarikh bersejarah aku telah
diijabkabulkan dengan suamiku Ttercinta.
Siapa yang dah biasa
baca blog aku mesti tahu yang aku ni suka pergi ke India. Aku mula pergi ke
India pada tahun 2015 dan selepas tu aku buat freelance travel planner bawa
group dari Malaysia ke India. Aku mula kenal suami aku Mr J masa tahun 2016. Masa tu
memang kenal secara tidak sengaja. May 2016 aku ada bawa group Malaysia ke
Ladakh. Kami sampai di Srinagar by flight dan akan ke Ladakh by road.
Transport yang aku dah sewa datang dari Ladakh dan kena ambil kami dari
Srinagar airport. Tapi kereta selain dari kereta Srinagar tak boleh masuk
airport. Jadi agent aku dari Ladakh minta tolong husband aku Mr J arrange
kereta untuk pick up kami dari airport.
Titik permulaannya aku jumpa Mr J di
gate Dal Lake. Ok fine, dia kenalkan diri dan bagi business card dia. Tamat di
situ perjumpaan aku dengan Mr J. Tiada sebarang intention untuk berkenalan. Tiada
seberang pertukaran nombor phone. Nama dia pon aku tak ingat.
Sehinggalah Aug 2016 masa tu aku ada group ke Ladakh dan aku
perlukan transport dari Srinagar ke Ladakh. Kebetulan aku dah tak berapa ngam
dgn agent aku di Ladakh, jadi aku kena cari agent baru untuk arrange kereta
untuk group aku. Jadi aku pon belek-belek balik business card yang aku ada
untuk cari agent di Kashmir. Masa tu aku terpikirkan Mr J yang aku jumpa 3
bulan lepas di Dal Lake. Hati aku memang terdetik rasa yang Mr J ni baik. Walaupun
aku pernah cakap dengan dia 5 minit je kot, tapi somehow dari cara percakapan dia I had a strong feeling
that he is a nice man. Nasib baik aku simpan lagi biz card dia! Alamak apa nama
dia, dalam biz card tu ada 3 nombor
phone. Yang mana satu aku nak try ni, nama dia pon aku tak ingat! Aku main try
je mana-mana no phone. Yes! I got the right person.
So, aku pilih untuk ambil transport dari dia. Aug 2016 titik
pertemuan kedua aku dan Mr J. I started to do travel business with him. We did
not have any feeling towards each other. Only business matter, that’s all. Somehow,
satu benda yang aku perasaan dengan Mr J ni ialah dia tak flirt dengan aku. Kebiasaanya
orang lelaki di sana (Kashmir) suka flirt atau mengayat. Kalau tak banyak sikit
mesti ada. Mungkin Mr J tak berminat
dengan aku.
Sehinggalah Mar 2017 aku ada group ke Kashmir, jadi aku
pilih untuk ambil full package dari Mr J. Biasanya aku arrange sendiri package
tapi kali ni I had a feeling let’s give a try with his package. At first it
was normal. He assisted our group during the trip and suddenly something like
spark happened between us. I didn’t know how it happened, but during the trip
we started to have feeling toward each other. But I said to him "please give me
some time to think about it". I went back to Malaysia and came again in April
2017 and unexpectedly he gave me ring during that time. OMG! I still remember under Chinar tree at Shalimar Garder, he gave me the ring. Aku memang tak
sangka. Everything went so fast. And guess what?? I accepted his ring! We
started our relationship in April 2017.
Alhamdulillah in Jan 2018 we officially
become husband and wife.
Nampak tak kalau dah jodoh, insyaAllah semuanya akan berlaku
dengan cepat je. Tu pon sebenarnya aku nak kahwin lagi awal tapi prosedur
perkahwinan dengan foreigner ni agak rumit. Sebab tu ambil masa untuk
uruskan document. Hampir give up jugak la. Mr J terpaksa ulang alik datang
Malaysia untuk submit document. Kalau aku rajin aku tulis post mengenai
procedure marrying a foreigner (Indian). Procedure perkahwinan berbeza-beza mengikut
kewarganegaraan.
By the way, Alhamdulillah rezeki aku bertemu jodoh akhirnya.
Mungkin hikmah aku banyak travel ke India sebab Allah nak temukan aku dengan
jodoh aku di sana. Siapa sahaja di luar sana yang masih mencari jodoh jangan putus asa, banyakkan
berdoa untuk dipertemukan jodoh. Kita tak tahu jodoh kita di mana. Mungkin dekat
mungkin jauh. Kita berserah kepada Allah.
![]() |
MR & MRS J |
No comments:
Post a Comment