
Bagus ke tidak kahwin dengan foreigner? Is it recommended or not?
Sebenarnya ia bergantung kepada masing-masing. Sejauh mana
kita dapat menerima perbezaan antara kedua-dua negara.
Apa yang berbeza? Ada macam-macam yang berbeza. Dekat sini aku sebut beberapa perkara sahaja yang utama.
Language
Ini yang paling obvious berbeza iaitu bahasa dan culture.
Macam
dalam kes aku, husband aku orang Kashmir. Kalau aku balik sana memang aku tak faham
apa yang orang sana cakap. Dan sama juga suami aku tak paham Bahasa Melayu bila
dia balik Malaysia.
Orang di Kashmir
boleh berbahasa Hindi/Urdu, jadi kelebihan aku di sini aku reti dan faham
bahasa Hindi. Biasanya aku akan guna bahasa hindi untuk berkomunikasi dengan
orang sana. Oh, aku reti bahasa Hindi bukan sebab husband aku ajar. Aku dah
memang reti dari dulu lagi even sebelum aku travel ke India. Ini semua pengaruh
Bollywood. Aku ni kaki Bollywood dari kecil lagi, sedar tak sedar aku dah reti dan
faham bahasa Hindi. Bahasa Kashmir berbeza dengan bahasa Hindi tapi somehow ada
words yang sama. Jadi aku bolehlah faham sikit-sikit.
Aku biasa berkomunikasi dengan husband aku dalam English dan
Hindi. Aku pon lupa nak ajar husband aku Bahasa Melayu. Selalu kena tegur
dengan family aku di sini, kenapa aku tak ajar husband aku Bahasa Melayu. Aku
pula akan jawab “ biarlah dia belajar sendiri”. Sekarang husband aku boleh
faham sikit-sikit dan ada words yang dia faham sebab kami banyak handle tour
group dari Malaysia. Diorang pula yang ajar husband aku Bahasa Melayu. Bini
malas ajar.
Culture in Kashmir
Kebiasaan budaya di sana dan di India, menantu akan uruskan hal-hal rumah. Kebanyakan perempuan di sana adalah suri rumah dan banyak menghabiskan masa di dapur. Kalau anak lelaki kahwin, dia akan bawa isteri untuk tinggal bersama keluarga. Jadi kalau ada anak perempuan dalam family, anak perempuan akan keluar tinggal bersama keluarga menantu. Jarang aku nampak orang sana yang tinggal berasingan dengan family. Parents, anak beranak, cucu semua duduk sekali. Jadi kalau sekali masak bayangkan masak untuk berapa orang. Kita di Malaysia kalau kahwin je mesti keluar tinggal asing. Berlainan dengan orang di sana, diorang seboleh bolehnya nak duduk sekali. Orang perempuan sana pon memang suka buat kerja rumah. Dari pagi sampai ke malam di dapur. Itulah pengorbanan penat lelah untuk family.
Aku pon kena buat kerja rumah ke? Emmmmmm.... Emmmmmm... Panjang pulak emmm. Aku dan husband banyak bekerja di luar dan travel sana sini. Jarang ada di rumah. Jadi family husband aku paham. Mesti ada yang ingat aku kena uli tepung buat chapati di dapur bila kahwin dengan family India. Family mertua aku baik tak pernah suruh aku buat kerja dapur. Menantu malaskah aku ni? Malas sikit-sikit. Bukan malas tapi tak biasa kot. Malas la tu!
Penempatan pula macam mana? Kalau di Malaysia aku duduk di rumah atas tanah. Tapi di Kashmir aku kena duduk atas air. Family husband aku memang turun temurun tinggal di houseboat di Dal Lake. Houseboat ni sama macam rumah, ada bilik, toilet dan dapur. Bezanya atas air. Houseboat diperbuat daripada sejenis kayu pine. Kayu pine yang buat houseboat memang kena kuat sebab berada dalam air berpuluh-puluh tahun. Dari darat untuk ke houseboat kami kena naik sampan. Kalau tak pandai kayuh sampan tak sampai lah ke darat. Jangan mengingau malam-malam sudah nanti terjun tasik pula.
Bila winter houseboat sangat sejuk. Sabar je la tahan sejuk sebab kami tak guna sebarang heater. Hanya guna kangri ataupon fire pot. Pagi-pagi ada part tasik yang beku dan akan cair balik bila matahari naik. Bila terbayang winter aku dah mula seriau. Tourist yang datang Kashmir sekejap pon dah merungut Kashmir terlalu sejuk. Bayangkanlah kalau kena duduk sepanjang winter di sana. Tapi tak apa, aku bersyukur dapat tinggal ci tempat cantik kurniaan Allah.
Ada banyak lagi perbezaan culture di sana dan di sini. We do respect each other's culture. Bagi aku yang penting tolak ansur. Aku terima culture dia dan dia terima culture aku.
Food
Oh bab makanan di Kashmir dan Malaysia. Of course aku pilih
makanan di Malaysia!
Kita orang Malaysia dah biasa makan macam-macam, variety
of food. Tapi bila di sana tak banyak pilihan makanan. Kalau di Malaysia kita
boleh makan Malay food, Chinese Food, Mamak, Thai, Korean, Japanese, Arab dan
macam-macam lagi. Tapi di sana? Memang susah nak jumpa makanan-makanan ni.
Kalau nak kena la masak sendiri.
Aku tak cakap makanan di India tak sedap. Sedap
memang sedap. Ada Biryani, Chicken/Mutton Curry, Masala, Butter Chicken dan
macam-macam lagi. Tambah-tambah makanan di Kashmir lagi sedap. Cuma kalau makan
hari-hari kita akan cepat bosan sebab base makanan ni memang curry. Aku ni kategori yang suka makan kedai Mamak
masa di Malaysia, jadi penerimaan aku dengan makanan di sana still consider OKAY la. Ada juga orang Malaysia yang lansung tak boleh makan kari di sana.
Husband aku dan makanan Malaysia??? Semua dia telan. Apa
sahaja yang aku makan dia boleh makan. Belacan, budu, ulam semua dia hentam.
Dia suka makan ikan, jadi di sini dia sukalah bila hari-hari boleh makan ikan.
Seafood pon dia boleh makan walaupun di Kashmir tak ada seafood. Normally orang Kashmir memang susah nak terima makanan luar ataupun makanan yang diorang tak biasa makan. Tapi husband aku ni special case, smua dia boleh makan. Alhamdulillah. Dia punya
favourite food ialah pulut. Kalau ada pulut memang dia tak akan sentuh nasi.
Kami orang Kedah memang suka makan pulut.
Setiap pagi orang Kashmir akan makan breakfast yang sangat simple. Salt tea dan roti. Salt tea adalah teh tradisional Kashmir. Teh ni memang masin. Daun Teh + milk + salt. Inilah resepinya. Daun teh tu kena rebus lama. Setiap kali aku pergi dapur mesti ada ja teh ni tengah direbus. Berjam-jam direbus. Everyday setiap pagi orang Kashmir tak akan skip minum teh ni. Lidah aku tak boleh terima teh masin ni. Roti Kashmir sedap kalau tengah-tengah panas. Roti ni tak buat sndiri, beli di kedai. Gambar roti ada di bawah. Makan roti ni dengan butter/jam/madu.
No comments:
Post a Comment