![]() |
WEDDING IN MALAYSIA |
![]() |
WEDDING IN KASHMIR; DILWALE DULHANIA LE JAYENGGE |
Wedding di Kashmir kami buat agak tergesa-gesa sebab
kesuntukan masa. Aku dan husband pon agak busy sebelum tu sebab kami kena handle
beberapa group yang datang ke Kashmir. Jadi kami serahkan family husband aku
untuk uruskan semuanya. Cuma baju pengantin sahaja yang kami uruskan.
Wedding di Kashmir agak berbeza dengan wedding di
Malaysia.
Henna Night/ Mehndi Raat



Kami mengadakan wedding reception di Dal lake. Apa yang best kalau kenduri kahwin di Kashmir? Aku rasa makan kot yang best. Cara hidangan makanan di sana masih berkonsepkan secara tradisi iaitu makan berdulang di bawah dan makanan akan dihidangkan satu per satu. Setiap 5 minit akan datang lauk baru. Rasanya ada dekat 7 lauk dihidangkan. Lauk utama apa lagi kalau bukan mutton. Memang makan sampai kenyang, kalau tak kenyang boleh bawa balik. Ada plastik disediakan untuk bawa balik.
Makanan cuma akan dihidangkan setelah pengantin sampai dan
selesai acara salam dengan pengantin. Tetamu
yang datang akan salam dengan pengantin dan bagi hadiah/duit. Ada seorang
bendahari duduk sebelah pengantin untuk catat apa hadiah atau jumlah duit yang
diberi tetamu. Adat orang sana, kalau tetamu bagi hadiah sekian sekian jumlah,
nanti bila tetamu tu ada perkahwinan kita kena bagi hadiah lebih dari padayang
tetamu tu bagi.
Masa wedding aku dan husband, kami ada bersama semasa
resepsi sebab aku orang luar/foreigner. Normally kalau resepsi kedua-dua pengantin orang Kashmir,
resepsi di rumah pengantin lelaki diadakan pada hari yang sama dengan resepsi
di rumah pengantin perempuan. Pegantin lelaki dan perempuan akan berada di
resepsi rumah masing-masing.
Setelah resepsi di rumah pengantin lelaki selesai,
biasanya pada waktu malam barulah rombongan pengantin lelaki akan datang ke
rumah pengantin perempuan untuk bawa pengantin perempuan ke rumah pengantin
lelaki. Penat kan??
Pengantin mai lambat, jenuh haru tetamu lapaq kebuloq.. Hahahaha
ReplyDeleteTime org kahwin tu kira awal, kalau kenduri lain pkul 6 ptg baru boleh makan. Sebab tu org malas pi kenduri sana, dok kena melangut.
ReplyDelete