![]() |
| WEDDING IN MALAYSIA |
![]() |
| WEDDING IN KASHMIR; DILWALE DULHANIA LE JAYENGGE |
Wedding di Kashmir kami buat agak tergesa-gesa sebab
kesuntukan masa. Aku dan husband pon agak busy sebelum tu sebab kami kena handle
beberapa group yang datang ke Kashmir. Jadi kami serahkan family husband aku
untuk uruskan semuanya. Cuma baju pengantin sahaja yang kami uruskan.
Wedding di Kashmir agak berbeza dengan wedding di
Malaysia.
Henna Night/ Mehndi Raat


Pada malam sebelum hari resepsi akan berlansung henna night.
Para tetamu dihidangkan dengan makanan sebelum bermulanya acara. Acara akan
bermula agak lewat lebih kurang pukul 10 malam setelah tetamu selesai makan
malam. Pemain muzik dan penyanyi diiringi penari lelaki menghiburkan para
tetamu dengan dendangan lagu Kashmir. Walaupun dipanggil henna/mehndi night,
sebenarnya tiada acara pemakaian henna. Setelah pengantin datang, kedua-dua
pengantin akan diarak masuk ke dalam dewan diiringi keluarga Kashmir sambil
mereka menyanyi lagu Kashmiri. Lepas dah masuk dewan, pengantin akan potong kek
dan tetamu serta para keluarga akan datang one by one untuk suap kek kepada pengantin. Itulah ceritanya henna
night. Henna night ni akan berlansung sepanjang malam sampai ke pagi. Tetamu akan
stay di situ, pagi baru balikKami mengadakan wedding reception di Dal lake. Apa yang best kalau kenduri kahwin di Kashmir? Aku rasa makan kot yang best. Cara hidangan makanan di sana masih berkonsepkan secara tradisi iaitu makan berdulang di bawah dan makanan akan dihidangkan satu per satu. Setiap 5 minit akan datang lauk baru. Rasanya ada dekat 7 lauk dihidangkan. Lauk utama apa lagi kalau bukan mutton. Memang makan sampai kenyang, kalau tak kenyang boleh bawa balik. Ada plastik disediakan untuk bawa balik.
Makanan cuma akan dihidangkan setelah pengantin sampai dan
selesai acara salam dengan pengantin. Tetamu
yang datang akan salam dengan pengantin dan bagi hadiah/duit. Ada seorang
bendahari duduk sebelah pengantin untuk catat apa hadiah atau jumlah duit yang
diberi tetamu. Adat orang sana, kalau tetamu bagi hadiah sekian sekian jumlah,
nanti bila tetamu tu ada perkahwinan kita kena bagi hadiah lebih dari padayang
tetamu tu bagi.
Masa wedding aku dan husband, kami ada bersama semasa
resepsi sebab aku orang luar/foreigner. Normally kalau resepsi kedua-dua pengantin orang Kashmir,
resepsi di rumah pengantin lelaki diadakan pada hari yang sama dengan resepsi
di rumah pengantin perempuan. Pegantin lelaki dan perempuan akan berada di
resepsi rumah masing-masing.
Setelah resepsi di rumah pengantin lelaki selesai,
biasanya pada waktu malam barulah rombongan pengantin lelaki akan datang ke
rumah pengantin perempuan untuk bawa pengantin perempuan ke rumah pengantin
lelaki. Penat kan??












Pengantin mai lambat, jenuh haru tetamu lapaq kebuloq.. Hahahaha
ReplyDeleteTime org kahwin tu kira awal, kalau kenduri lain pkul 6 ptg baru boleh makan. Sebab tu org malas pi kenduri sana, dok kena melangut.
ReplyDelete